Utusan Borneo (Sarawak)

Pakaian Jalur Gemilang serlah semangat patriotik

-

KUALA LUMPUR: Bagi warga Indonesia Nurul Afiqah, setiap tahun beliau akan membawa anaknya ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang berkahwin dengan warga tempatan Jayadi Samad akan memastikan beliau dan anaknya Mohamad Hamdan Jayadi, 11, hadir dengan berpakaian Jalur Gemilang pelbagai fesyen. Anak kelahiran Medan, Sumatera Utara itu berkata adalah penting agar semangat cintakan negara ditanam dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.

“Ini kali ketujuh (beliau dan anak hadir pada sambutan Hari Kebangsaan) dan setiap tahun saya dan anak akan pakai baju yang berbeza dari segi rekaan. Walaupun saya bukan orang sini, tetapi anak saya lahir di Malaysia jadi dia anak Malaysia,” katanya kepada Bernama.

“Sejak kecil saya perlu tanamkan semangat sayangkan negara pada anak saya,” katanya yang telah menetap di Malaysia sejak 1999.

Sementara itu, seorang pengunjung Ariani Pariman, 42, berkata beliau hanya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan baju Jalur Gemilang untuk tiga orang anaknya.

“Saya mula dapat idea semalam dan saya terus buat baju dengan menggunaka­n tujuh helai bendera bersaiz besar,” katanya.

Ariani berkata konsep rekaan baju pada tahun ini adalah berkonsepk­an Saloma dan klasik.

Bagi anggota tentera, Hadi Ilan, 38 pula berkata beliau dan isteri, Nur Zaliah Saad ingin menerapkan semangat cintakan negara kepada empat orang anaknya yang masih kecil. “Anak saya pun suka berpakaian sebegini.

Saya nak terapkan semangat sayangkan negara kepada anakanak saya agar mereka teruskan cintakan negara ini dan sanggup mempertaha­nkannya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia