Utusan Borneo (Sarawak)

Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran

-

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara semalam menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh kesederhan­aan namun meriah.

Sambutan Aidiladha dimulakan sejak awal pagi dengan umat Islam memenuhi masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperinga­ti pengorbana­n Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah S.W.T. Peristiwa pengorbana­n Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperinga­ti peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembeli­h anaknya Nabi Ismail AS bagi membuktika­n kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbana­n teragung dalam sejarah manusia.

Mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Korban, masyarakat Islam tidak lupa untuk menunaikan ibadah korban selepas selesai solat sunat Aidiladha apabila beratus-ratus ekor lembu, kerbau dan kambing dikorbanka­n di masjid-masjid, surau-surau,

kampung- kampung dan juga taman-taman perumahan yang terletak di kawasan bandar.

DI KELANTAN, Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam berangkat menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Seri Paduka tiba di masjid itu pada kira-kira jam 9.10 pagi dan baginda bersama kira-kira 5,000 jemaah kemudianny­a menunaikan solat yang diimamkan oleh Imam Muda Abdul Bari Abdullah.

Khutbah pula disampaika­n oleh Imam Tua 1 masjid itu Sabri Abdullah. Selesai menunaikan solat itu, Seri Paduka berkenan beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Keberangka­tan tiba baginda berdua pada kira-kira 8.25 pagi disambut ahli khariah masjid dan 1,500 rakyat jelata yang kemudianny­a bersama-sama menunaikan solat sunat yang dipimpin Imam Masjid Diraja Tuanku Munawir, Syamil Izuddin Mohamed Yusof.

Selepas menunaikan solat, Tuanku Muhriz kemudianny­a berangkat ke Makam Diraja untuk majlis bacaan tahlil yang dipimpin Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad dan kemudianny­a berkenan berangkat menyaksika­n acara ibadah korban yang melibatkan sejumlah 20 haiwan ternakan.

Di MELAKA, Yang diPertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, menyertai kira-kira 10,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim di Bukit Palah.

Solat sunat berkenaan dipimpin Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Mohammad Hashim yang turut membacakan khutbah.

Sebelum menunaikan solat sunat, seluruh jemaah melafazkan takbir beramai-ramai mengagungk­an kebesaran Allah.

Idris bersama barisan exco serta timbalan exco kerajaan negeri dijadual meninjau penyembeli­han korban di beberapa buah masjid di Melaka termasuk di Masjid Al-Azim dan Masjid As-Syuhadah Kem Terendak, Sungai Udang.

Di KEDAH, Sultanah Kedah Tuanku Hajah Haminah berkenan menyertai kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir di Alor Setar.

Turut sama menunaikan solat sunat yang diimamkan Imam Besar Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembanguna­n dan Usahawan negeri Datuk Suraya Yaacob.

Selepas menunaikan solat sunat, jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tuanku Hajah Haminah dan baginda turut berkenan memberikan duit raya kepada kanak-kanak sebelum berangkat pulang.

Di JOHOR BAHRU, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 5,000 jemaah di Masjid Jamek Pasir Pelangi.

Baginda yang tiba pada kira- kira 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakanda- anakanda baginda yang lain.

Turut sama menunaikan solat ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan barisan exco kerajaan negeri.

Solat semalam dipimpin imam besar negeri, Hanif Naim yang menyampaik­an khutbah bertajuk ‘Korbanku Untuk Mu’. Selesai solat, Sultan Ibrahim kemudian meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang pada jam 9.30 pagi.

Di SABAH, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 5,000 umat Islam di Masjid Negeri, Kota Kinabalu.

Tinjauan Bernama di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu pula menyaksika­n ribuan umat Islam turut menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan yang bermula kirakira 7.30 pagi semalam.

Di SELANGOR, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 umat Islam di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong.

Baginda tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8 pagi diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan anggota exco kerajaan negeri.

Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyumbang lembu korban untuk diagihkan.

Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 umat Islam di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota.

Baginda tiba dengan diiringi dua anakanda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Muadzam Shah.

Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar, Masjid Tengku Ampuan Afzan, Muhammad Amin Abdul Mutalib manakala khutbah disampaika­n Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman. Selepas menunaikan solat, Tengku Abdullah tu- rut berkenan menyaksika­n ibadat korban yang diadakan di dalam kawasan masjid berkenaan.

Baginda turut mengurniak­an 10 ekor lembu dan biri-biri untuk ibadah korban di masjid itu.

Di SARAWAK, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam bersama-sama kira-kira 5,000 umat Islam di sekitar Kuching menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya. Beliau kemudian menghadiri Majlis Tahlil dan menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Masjid Bahagian Kuching.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri majlis pengagihan sumbangan daging korban di Masjid Darussadah Kampung Tabuan Hilir.

Di pekarangan Surau Baitul Iman, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Padawan, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian menghadiri majlis Ibadah Qurban peringkat IPD Padawan.

Sementara itu di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha dengan diiringi Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu.

Baginda yang turut diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba kira-kira jam 8 pagi.

Dalam khutbah semalam, umat Islam diingatkan supaya terus mengekalka­n silaturahi­m dan berusaha membina keluarga bahagia bagi mewujudkan generasi berwawasan yang mampu membina masa depan yang baik.

Umat Islam turut disaran mengukuhka­n syiar Islam dan berusaha memantau perkembang­an anak-anak agar tidak terpedaya dengan gejala yang mampu merosakkan akhlak.

Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Program Korban Bersama Anggota Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta petang semalam. Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Rohingya di Malaysia cawangan Ipoh, Mohd.

Hassan Miya Huson berkata agihan daging korban sumbangan Yayasan Wakaf Turki atau Turki Diyanet Vakfi dengan kerjasama Majlis Perundinga­n Islam Malaysia (MAPIM) yang merupakan program tahunan akan dibuat di pejabat persatuan jam 4 petang semalam.

“Tahun ini, yayasan beri 20 ekor lembu untuk negeri Perak, tetapi semuanya disembelih dalam satu majlis di Sungai Petani, Kedah dan daging dibawa balik ke Ipoh untuk diagihkan,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, Masjid Negara dipenuhi lebih 12,000 umat Islam termasuk warga asing untuk menunaikan solat hari raya dan mendengar khutbah yang disampaika­n Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syaikh Ismail dalam khutbah Aidiladha bertajuk ‘Ibrah dari Sirah’ menyeru umat Islam mencontohi keimanan dan ketaatan yang tinggi dimilik Nabi Ibrahim apabila menerima wahyu daripada Allah SWT dengan hati yang ikhlas dan reda sepenuhnya tanpa ada rasa berbelah bahagi untuk melaksanak­annya.

“Mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa Nabi Ibrahim dengan anak lelakinya, Nabi Ismail, kita mengetahui bahawa semakin tinggi tahap keimanan seseorang itu maka semakin besar dan berat ujian yang menantinya.

“Harta, pasangan hidup (suami isteri), anak-anak dan bermacam lagi kesenangan hidup di dunia ini hakikat- nya pinjaman sementara,” katanya.

Anak merupakan ujian dan amanah yang besar, dipertangg­ungjawabka­n kepada seseorang manusia, para ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahter­aan anak mereka, kata Syaikh Ismail.

“Umat Islam harus mencontohi Nabi Ibrahim yang menganggap anak bukan sekadar menyambung keturunan dan harta tetapi apa yang paling penting anak harus mampu mewarisi iman dan agama,” katanya.

Syaikh Ismail berkata ibadah korban yang telah disyariatk­an mengajar erti kecintaan dan kepatuhan kepada Allah SWT, sewajibnya umat Islam meletakkan kecintaan yang tinggi kepada Allah SWT melebihi kecintaan kepada pasangan masing- masing, anak, harta dan sebagainya.

Di PUTRAJAYA, sebanyak 135 lembu dikorbanka­n bersempena sambutan Hari Aidiladha dan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya semalam.

Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki juga meluangkan masa bergotongr­oyong melaksanak­an ibadah korban bersama penduduk.

Daging korban diagihkan kepada penduduk di sekitar Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini. Kira-kira 500 penduduk turut serta dalam program tersebut.

Di PULAU PINANG, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri di Jalan Air Itam.

Beliau bersama isteri yang tiba kira-kira jam 8.40 pagi disambut Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Kirakira 2,000 umat Islam di Pulau Pinang menunaikan solat sunat serta mendengar khutbah hari raya di masjid berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOLAT BERJEMAAH: Mohd Khalil bersama Idris (tengah) serta rakyat jelata menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama SOLAT BERJEMAAH: Mohd Khalil bersama Idris (tengah) serta rakyat jelata menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, dekat Melaka, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAMINKA­N DOA: Sultan Muhammad mengaminka­n doa yang dibacakan Imam Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Sabri Abdullah selepas selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama MENGAMINKA­N DOA: Sultan Muhammad mengaminka­n doa yang dibacakan Imam Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Sabri Abdullah selepas selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat Kota Bharu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SOLAT SUNAT AIDILADHA: Sultan Nazrin menunaikan solat sunat semasa Tuanku berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah dekat Ipoh, semalam. Turut berangkat Raja Jaafar (kanan) dan Zambry (kiri).
— Gambar Bernama SOLAT SUNAT AIDILADHA: Sultan Nazrin menunaikan solat sunat semasa Tuanku berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah dekat Ipoh, semalam. Turut berangkat Raja Jaafar (kanan) dan Zambry (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Tun Abdul Rahman bersalaman dengan jemaah yang hadir selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Tun Abdul Rahman bersalaman dengan jemaah yang hadir selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia