Utusan Borneo (Sarawak)

42,200 jemaah haji Malaysia tahun ini

Meningkat 12,000 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini

-

Bagi mereka yang uzur dan tidak dapat melaksanak­an wukuf, kita akan mengembali­kan wang RM9,980, dan Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada mereka untuk melaksanak­an ibadah haji tahun depan.

MINA: Hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksika­n jumlah jemaah Malaysia yang melaksanak­an ibadah haji pada musim ini meningkat sebanyak 12,000 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada laporan yang diterima, sebanyak 42,200 jemaah Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanak­an Rukun Islam Kelima itu.

“Mengikut laporan daripada pengurusan Tabung Haji, setakat hari ini (kelmarin) jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah adalah sebanyak 42,200 orang,” katanya kepada pemberita di Arafah pada Khamis.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melawat khemah penempatan jemaah Malaysia di Arafah menjelang Hari Wukuf.

Sebelum ini, ketika mela-

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerusi Lembaga TH

wat beberapa maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Mekah, Abdul Azeez memberi bayangan untuk mengumumka­n di Arafah angka sebenar jemaah Malay- sia yang melaksanak­an ibadah haji pada musim ini.

Beliau berkata, pertambaha­n bilangan jemaah haji Malaysia itu adalah berikutan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata setakat Khamis, seramai 20 jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci.

Daripada jumlah itu, beliau berkata TH akan melaksanak­an 12 badal haji untuk jemaah terbabit manakala lima lagi pernah menunaikan ibadat haji dan lembaga berkenaan tidak akan berbuat demikian kepada mereka.

“Tiga lagi jemaah, kita tidak sempat melaksanak­an badal haji tahun ini kerana meninggal dunia hari ini ( Khamis). InsyaAllah, Tabung Haji akan melaksanak­an badal haji untuk mereka tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata 12 jemaah Malaysia masih dirawat di hospital di Mekah, dan daripada jumlah itu empat masih koma manakala lapan lagi sedang dipantau kesihatan mereka.

“Bagi mereka yang uzur dan tidak dapat melaksanak­an wukuf, kita akan mengembali­kan wang RM9,980, dan Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada mereka untuk melaksanak­an ibadah haji tahun depan,” katanya.

Malam kelmarin, jemaah haji Malaysia bergerak ke Muzdalifah secara berperingk­at untuk mabit (bermalam) sebelum terus ke Mina.

Di Mina, jemaah Malaysia akan melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 Sept) sebelum melontar ketiga-tiga jamrah – Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra – pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUMPUL BATU: Jemaah Haji Malaysia mengutip batu di Muzdalifah untuk melakukan ibadah melontar di Mina, semalam.
— Gambar Bernama KUMPUL BATU: Jemaah Haji Malaysia mengutip batu di Muzdalifah untuk melakukan ibadah melontar di Mina, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MASYARAKAT KEMBOJA: Peserta program ‘Jejak Asnaf@Korban di Bumi Kemboja’ dari Melaka bersama masyarakat Islam Kemboja bergambar bersama selepas selesai melaksanka­n ibadah korban di pekarangan Masjid Al-Kausar Daulah Qatar, Kemboja, semalam.
— Gambar Bernama MASYARAKAT KEMBOJA: Peserta program ‘Jejak Asnaf@Korban di Bumi Kemboja’ dari Melaka bersama masyarakat Islam Kemboja bergambar bersama selepas selesai melaksanka­n ibadah korban di pekarangan Masjid Al-Kausar Daulah Qatar, Kemboja, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? AGIH: Mohamad Ali mengagihka­n daging korban kepada keluarga masyarakat Islam Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha pada program ‘Jejak Asnaf@Korban di Bumi Kemboja’, semalam.
— Gambar Bernama AGIH: Mohamad Ali mengagihka­n daging korban kepada keluarga masyarakat Islam Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha pada program ‘Jejak Asnaf@Korban di Bumi Kemboja’, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia