Utusan Borneo (Sarawak)

31 lembu korban untuk masyarakat Islam Kampong Cham di Kemboja

-

KAMPONG CHAM (Kemboja): Sebanyak 31 ekor lembu disumbangk­an rakyat Malaysia melalui program ‘Jejak Asnaf @ Korban di Bumi Kemboja’ bagi menjalanka­n ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kampung Kork di sini semalam.

Kira-kira 500 penduduk kampung itu bersama sekitar 200 sukarelawa­n dan peserta program, yang dianjurkan Maahad Tahfiz Baitul Tariq di Klebang, Melaka, bergotongr­oyong menyediaka­n juadah bagi sambutan Hari Raya Aidiladha dan kenduri rakyat yang meriah di perkaranga­n Masjid Al- Kausar Daulah Qatar di sini.

Dua ekor daripada lembu berkenaan disembelih untuk jamuan kenduri rakyat itu yang antaranya menyediaka­n gulai kari rakyat negeri Melaka dan masakan gulai masyarakat tempatan berkenaan selain daging rebus dan sup tulang, di samping juadah lain seperti lepat pulut, bepang, wajik kelapa dan kerepek pisang.

Penduduk tempatan Rozan Zulkifli, 20, berkata program ibadah korban di kampung berkenaan pada kali ini ber- lainan dengan sebelum ini kerana kenduri rakyat turut diadakan dan semua penduduk kampung berkenaan bergotong-royong menyediaka­n pelbagai juadah untuk dinikmati bersama.

“Ibadah korban pada kali ini sangat meriah. Semua penduduk keluar dan bergotong-royong menyediaka­n pelbagai makanan. Sebelum ini ada juga kenduri diadakan sempena ibadah korban tetapi kami hanya makan roti dan gulai sahaja,” katanya yang pernah bekerja sebagai tukang jahit di Melaka selama dua tahun sebelum ini.

Rosli Amin, 27, berkata walaupun ibadah korban di kampung berkenaan dilaksanak­an setiap tahun oleh pihak luar namun suasana tersebut cukup berlainan dengan kerjasama sukarelawa­n dan peserta program tersebut dengan penduduk.

“Kami semua sangat teruja dan gembira dengan kenduri rakyat yang diadakan pada hari ini. Ia adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Selain meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha kami juga dapat berkenalan dengan masyar- akat Islam dari Malaysia,” katanya yang bergantung pada kerja kampung untuk menyara keluargany­a.

Mashita Adam, 23, bekas pekerja kilang di Klang, Selangor, berkata dia dan penduduk kampungnya sentiasa mengalu-alukan kedatangan individu atau pihak yang ingin melakukan korban di kampung berkenaan kerana ia memberi kegembiraa­n kepada mereka.

Sementara itu, peserta program tersebut Noriyah Omar, 60, dari Bukit Rambai, Melaka berkata beliau dan keluarga terpanggil untuk melakukan ibadah berkenaan di Kemboja kerana ingin membantu penduduk Islam di kampung berkenaan.

“Ini adalah kali pertama kami melakukan korban di luar negara... sebelum ini sering buat di kampung. Saya berharap daging korban ini dapat membantu mereka yang layak,” katanya.

Sukarelawa­n program itu, Sulizah Dolmat, 42, berkata kenduri rakyat mengembali­kan nostalgian­ya ketika zaman kanak- kanak pada era 80-an ketika membantu ibunya di dapur dan ketika kenduri.

“Seronok suasana sebegini...bukan mudah hendak dapat pengalaman seperti ini... ia sudah berlalu. Ini adalah pengalaman pertama berada di luar negara dan suasana ini akan menjadi kenangan manis yang tidak akan saya lupakan,” katanya.

Yang Dipertua Maahad Tahfiz Baitul Tariq Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata daging korban itu akan diagihkan kepada golongan asnaf di 10 kampung di wilayah Kampong Cham yang mengambil masa kira-kira lima jam dari ibu negaranya, Phnom Penh.

Beliau berkata selain melaksanak­an ibadah korban, ia turut bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara kedua-dua buah negara dan membantu mereka yang memerlukan.

“Kita juga ada membawa pakaian terpakai dan barangan keperluan solat untuk masyarakat Islam di sini untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan seumpama ini memberi kegembiraa­n kepada mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KORBAN: Golongan kanak-kanak masyarakat Islam Kemboja leka memberi pucuk ubi kepada lembu yang akan dikorbanka­n sempena Aidiladha semalam pada program ‘Jejak Asnaf@Korban di Bumi Kemboja’ ketika tinjauan Bernama, Kemboja, kelmarin.
— Gambar Bernama KORBAN: Golongan kanak-kanak masyarakat Islam Kemboja leka memberi pucuk ubi kepada lembu yang akan dikorbanka­n sempena Aidiladha semalam pada program ‘Jejak Asnaf@Korban di Bumi Kemboja’ ketika tinjauan Bernama, Kemboja, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia