Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis takluki puncak Kumpulan A Zon Eropah

Belasah Belanda 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018, Portugal berpesta gol dengan jaringan 5-1

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjaringk­an gol terakhir ketika Perancis menewaskan Belanda 4-0 pada perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2018 sementara hatrik Cristiano Ronaldo membantu Portugal menewaskan Faroe Island 5-1 pada perlawanan lain Khamis lepas.

Antoine Griezmann membuka jaringan buat Perancis pada minit ke-14 di Stade de France sebelum Belanda bermain 10 pemain apabila Kevin Strootman dibuang padang pada 30 minit terakhir permainan.

Thomas Lemar menjaringk­an dua gol, satu dari rembatan cantik sebelum Mbappe melengkapk­an jaringan untuk gol antarabang­sa pertama beliau.

Perancis kini kembali di landasan untuk layak ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 selepas dikejutkan 1-2 oleh Sweden pada bulan Jun. Kemenangan ini, dan juga dengan Sweden tewas 2-3 di Bulgaria, membolehka­n Perancis menduduki tangga teratas Kumpulan A Zon Eropah dengan kelebihan tiga mata.

“Ia prestasi lengkap pasukan,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Ia adalah perlawanan yang sangat positif dan kami mempunyai satu lagi perlawanan dalam tempoh tiga hari lagi (menentang Luxembourg). Dan saya tidak akan berkata tewas kepada Sweden adalah sesuatu yang teruk.”

Sementara itu, selepas gagal layak ke Euro 2016, Belanda kini bergelut untuk menduduki tempat kedua – satu slot untuk playoff terakhir kelayakan ke Rusia

Ia adalah perlawanan yang sangat positif dan kami mempunyai satu lagi perlawanan dalam tempoh tiga hari lagi (menentang Luxembourg). Dan saya tidak akan berkata tewas kepada Sweden adalah sesuatu yang teruk. Didier Deschamps Jurulatih Perancis

Pemain Belanda, Arjen Robben dan Tonny Vilhena bergelut dengan pemain Perancis, Paul Pogba (tengah) pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2018. pada bulan November.

Skuad kendalian Dick Advocaat itu ketika ini di tangga keempat, tiga mata di belakang Sweden yang menduduki tangga kedua dengan baki tiga perlawanan, termasuk perlawanan menentang Sweden di Amsterdam pada bulan Oktober.

Perancis dijangka akan memenangi kumpulan ini dan Deschamps mempunyai cukup kualiti dalam pasukan untuk menjadi antara calon utama memenangi Piala Dunia 2018.

Mbappe bermula di bangku simpanan ketika penyerang berusia 18 tahun itu satu perpindaha­n pinjaman dari Monaco ke Paris Saint Germain ( PSG) diumumkan secara rasmi beberapa jam sebelum sepak mula.

Pemain baharu Barcelona, Ousmane Dembele, bagaimanap­un tidak langsung tersenarai dalam skuad tetapi Kingsley Coman membuat penampilan sulung sejak Perancis tewas di final Euro 2016 kepada Portugal.

Perancis ternyata berak- si cemerlang dan membuka jaringan apabila Djibril Sidibe mengumpan bola kepada Griesmann sebelum menewaskan penjaga gol Jasper Cillessen.

Belanda sudah bergelut mengimbang­i permainan walaupun sebelum Strootman dibuang padang selepas satu jam permainan apabila menerima kad kuning kedua perlawanan dalam tempoh lima minit.

Arjen Robben mensiasiak­an peluang terbaik untuk mengikat kedudukan sebelum Lemar m e n j a r - ingkan gol kedua pada minit ke-72 dengan satu r e m b a t a n kencang dari hujung kotak penalti. Ia juga gol antarabang­sa pertama beliau sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi dari umpanan Griezmann dua minit sebelum tamat permainan. M b a p p e , yang dimasukkan pada lewat permainan, melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan. Ronaldo, yang menjalani penggantun­gan lima perlawanan di Sepanyol bersama Real Madrid, tidak menunjukka­n kehilangan sebarang rentak apabila membuka jaringan seawal minit ketiga. Beliau menjaringk­an gol kedua dari satu tendangan penalti dan melengkapk­an hatrik untuk gol ke-14 beliau dalam kempen kelayakan ini dan gol antarabang­sa ke-78 dari 144 penampilan. Selain Ronaldo, William Carvalho dan Nelson Oliveira juga menjaringk­an gol tetapi kemenangan masih mengekalka­n mereka di tangga kedua Kumpulan B, tiga mata di belakang Switzerlan­d, yang menewaskan Andorra 3- 0 untuk mengekalka­n rekod bersih kemenangan.

Dalam aksi Kumpulan H, Thomas Meunier dan Romelu Lukaku masingmasi­ng menjaringk­an hatrik ketika Belgium membelasah pasukan kerdil, Gibraltar 9- 0, meletakkan mereka enam mata di tangga teratas kumpulan berbanding pencabar terdekat, Greece, yang diikat tanpa jaringan oleh Estonia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBISA: Ronaldo meraikan jaringanny­a pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Faroe Island di Stadium Bessa, Porto.
— Gambar AFP BERBISA: Ronaldo meraikan jaringanny­a pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Faroe Island di Stadium Bessa, Porto.
 ??  ?? ASAKAN:
ASAKAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia