Utusan Borneo (Sarawak)

Uruguay, Argentina seri tanpa jaringan

-

Penjaga gol Brazil, Alisson menangkap kemas bola semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Brazil dan Ecuador. MONTEVIDEO, Uruguay: Luis Suarez kembali dari kecederaan tetapi pasukannya, Uruguay, terpaksa akur dengan satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Argentina pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan di sini Khamis lepas.

Suarez dibenarkan beraksi pada saat akhir selepas pulih dengan cepat dari kecederaan lutut dua minggu lepas.

Bagaimanap­un, penyerang dari kelab Barcelona itu gagal mencari gol ketika menentang pasukan Argentina yang bermain perlawanan kompetetif pertama di bawah jurulatih baharu, Jorge Sampaoli.

Argentina menguasai separuh masa pertama dengan Gabriel Mercado melihat rembatanny­a sedikit tinggi melepasi palang.

Marcos Acuna juga mempunyai peluang untuk Argentina tetapi rembatanny­a juga tinggi pada mini tke-27.

Edinson Cavani hampir mencipta gol buat Uruguay pada minit ke- 31 tetapi umpanan beliau kepada Suarez gagal disempurna­kan dengan baik.

Bintang Argentina, Lionel Messi, mempunyai peluang terbaik pada separuh masa kedua tetapi rembatanny­a ditepis penjaga gol Fernando Muslera.

Satu mata itu bermakna Argentina kekal di luar slot empat tempat kelayakan automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 tetapi berkongsi mata dengan Chile sementara Uruguay di tangga ketiga dengan 24 mata dari 15 perlawanan, satu mata di hadapan Argentina.

Di Santiago, Paraguay mengembali­kan harapan un- tuk layak ke Rusia apabila mengejutka­n Chile 3-0.

Kemenangan meletakkan Paraguay kembali bersaing kelayakan ke Piala Dunia dengan berada di tangga keenam dengan 21 mata.

Chile masih mengekalka­n kedudukan dalam empat pasukan teratas dengan 23 mata tetapi tidak mempunyai banyak ruang untuk melakukan kesilapan lagi.

Paraguay membuka jarin- gan pada minit ke-24 apabila Oscar Romero melakukan satu tendangan percuma cantik dengan Vidal, yang cuba menolak bola dari bahaya, tertanduk bola ke pintu golnya sendiri.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Chile 10 minit selepas rehat apabila kealpaan di benteng pertahanan membolehka­n Caceres merampas bola sebelum merembat ke pintu gol. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CARI RUANG: Penyerang Uruguay, Cavani (kanan) bergelut dengan pemain Argentina pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Uruguay dan Argentina di Montevideo.
— Gambar Reuters CARI RUANG: Penyerang Uruguay, Cavani (kanan) bergelut dengan pemain Argentina pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Uruguay dan Argentina di Montevideo.
 ??  ?? TANGKAS:
TANGKAS:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia