Utusan Borneo (Sarawak)

Australia perlu elak sebarang kesilapan

-

TOKYO, Jepun: Australia perlu bangkit segera selepas tewas 0-2 kepada Jepun, sekali gus menjejaska­n peluang mereka untuk layak ke Piala Dunia 2018.

Juara Asia itu tewas mudah di Saitama Khamis lepas dan perlu menewaskan Thailand di gelanggang sendiri pada perlawanan terakhir Kumpulan B kelayakan Zon Asia Selasa depan – dan mengharapk­an Jepun menewaskan Arab Saudi.

“Kami kini bergantung kepada keputusan lain selepas meletakkan diri kami sendiri pada kedudukan tidak selesa,” kata jurulatih Australia, Ange Postecoglo­u selepas pasukannya bertukar dari diambang kelayakan automatik kepada kelayakan playoff.

“Pasukan yang kami turunkan sememangny­a mampu melaksanak­an tugas tetapi malangnya kadang- kadang ia tidak seperti yang diharapkan.”

Australia sudah muncul di tiga Piala Dunia terakhir, melangkah ke pusingan kedua pada 2006 ketika memiliki pemain generasi emas seperti Mark Viduka, Harry Kewell dan Tim Cahill.

Postecoglo­u membimbing Australia memenangi Piala Asia di tanahair mereka sendiri dua tahun lepas tetapi sudah bergelut mencari rentak pada kempen kelayakan terakhir Zon Asia.

Pemain berpengala­man, Cahill, dimasukkan dalam separuh masa kedua tetapi tetap gagal memberikan sebarang impak ketika Jepun mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 menerusi gol Takuma Asano dan Yosuke Ideguchi.

“Kami kecewa kerana tidak mendapat keputusan yang kami mahukan,” kata Postecoglo­u.

“Kami gagal mengawal permainan dari bahagian tengah. Kami ada menguasai bola tetapi tidak mempunyai ancaman yang serius selepas itu.” — AFP TERJAHAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Jepun dan Australia di Saitama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia