Utusan Borneo (Sarawak)

Kewangan bukan satu masalah bagi PSG

Kelab itu berjaya tambat Mbappe setelah berbelanja besar mendapatka­n Neymar

-

PARIS, Perancis: Paris Saint Germain (PSG) mencapai perjanjian saat akhir untuk mendapatka­n pemain remaja berbakat, Kylian Mbappe dari Monaco, dalam satu perpindaha­n yang dijangka akan menjadi perpindaha­n kedua paling mahal dalam sejarah.

Kurang dari sebulan selepas mendapatka­n penyerang antarabang­sa Brazil, Neymar dari Barcelona, dan hanya beberapa sebelum jendela perpindaha­n pemain ditutup, Mbappe, 18, menyertai PSG untuk kontrak pinjaman satu musim.

Penyerang antarabang­sa Perancis itu dijangka menandatan­gani satu kontrak tetap untuk 180 juta euro pada tahun hadapan dalam satu perpindaha­n yang direka untuk mengelak PSG melanggar peraturan Permainan Kewangan Bersih UEFA.

“Ia dengan rasa gembira dan bangga untuk saya menyertai Paris Saint Germain,” kata Mbappe, yang turut menjaringk­an gol ketika Perancis menewaskan Belanda 4-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Khamis lepas.

“Saya benar-benar mahu menjadi sebahagian projek kelab, yang merupakan salah sebuah kelab paling bercitacit­a di Eropah.”

Presiden PSG, Nasser AlKhelaifi memuji Mbappe, yang mencuri perhatian musim lepas apabila membantu Monaco muncul juara Ligue 1 Perancis dan juga bakal bintang di masa hadapan.

Pembelian Neymar oleh PSG dengan nilai 222 juta euro dari Barcelona pada awal bulan telah menyebabka­n yuran perpindaha­n melonjak dengan mendadak di Eropah.

Barcelona sudah membelanja­kan 105 juta euro dan naik kepada 145 juta untuk mendapatka­n Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund.

Liverpool tetap bertegas untuk tidak menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan menolak tiga tawaran.

Tetapi dengan pasaran perpindaha­n di Sepanyol hanya ditutup pada hari Jumaat – t i d a k seperti di E n g l a n d , P e r a n c i s , Jerman dan Itali ( di- tutup pada hari Khamis) – Barca mungkin masih mampu menguji kesabaran Liverpool. Liverpool dan Arsenal juga terlepas peluang mendapatka­n pemain sayap Monaco, Thomas Lemar, penjaring dua gol Perancis Khamis lepas. “Saya pemain Monaco,” kata Lemar ketika memberitah­u penyiaran Canal+. “Saya berasa sangat gembira di sini.” A r s e n a l berjaya mengekalka­n penyerang bintangnya, Alexis Sanchez selepas menolak tawaran kedua dari Manchester City, dilaporkan bernilai pada awalnya 55 juta pound termasuk tambahan lain. Tetapi Liverpool berjaya membawa Alex Oxlade-Chamberlai­n dari Arsenal selepas dilaporkan membayar 35 juta pound dan menawarkan kontrak lima tahun untuk pemain antarabang­sa England. “Saya tahu pilihan saya mungkin mengejutka­n ramai pihak dan keputusan untuk pergi adalah sukar selepas menjadi sebahagian dari kelab sejak sekian lama,” kata Oxlade-Chamberlai­n.

“Tetapi saya merasakan perpindaha­n ini tepat untuk peringkat seterusnya dalam pembanguna­n bola sepak saya.”

Oxlade- Chamberlai­n menyertai Mohamed Salah, Andy Robertson dan Dominic Solanke yang tiba di Anfield sementara Naby Keita akan tiba dari RB Leipzig pada tahun hadapan untuk rekod perpindaha­n kelab bernilai 48 juta pound.

Memberi ruang kepada kehadiran pemain baharu ialah, Mamadou Sakho, yang kembali ke Crystal Palace dari Liverpool, selepas perpindaha­n bernilai 26 juta pound sementara penyerang Divock Origi dipinjamka­n

Saya benar-benar mahu menjadi sebahagian projek kelab, yang merupakan salah sebuah kelab paling bercitacit­a di Eropah. Kylian Mbappe Penyerang Monaco

ke Wolfsburg.

Chelsea melengkapk­an perpindaha­n Danny Drinkwater dari Leicester City tetapi gagal mendapatka­n Ross Barkley dari Everton, yang dilaporkan mengubah fikirannya saat akhir walaupun kelab sudah bersetuju dengan yuran perpindaha­n dan juga beliau sendiri bersetuju dengan terma peribadi kontrak.

Chelsea juga mendapatka­n pemain pertahanan kanan, Davide Zappacosta dari Torino.

Tottenham Hotspur melengkapk­an pembelian pemain pertahanan kanan dari PSG, Serge Aurier dan penyerang Swansea City, Fernando Llorente, sekali gus membantu perbelanja­an perpindaha­n keseluruha­n dalam Liga Perdana Inggeris kepada melebihi 1.2 bilion pound. — AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR
 ??  ?? ROSSI
ROSSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia