Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka AS: Rublev melangkah ke pusingan ketiga

-

NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Andrey Rublev dari Rusia menjadi pemain remaja kedua yang melangkah ke pusingan ketiga Terbuka AS apabila mengejutka­n pemain pilihan ketujuh dari Bulgaria, Grigor Dimitrov 7- 5, 76(7/3) dan 6-3.

Rublev, yang berusia 19 tahun dan diletakkan pada ranking ke53 dunia, menyertai Denis Shapovalov, 18, dari Kanada, yang melangkah ke pusingan ketiga buat kali pertama.

“Ia satu p e r a s a a n yang hebat. Saya berasa gembira untuk memenangi perlawanan ini,” kata Rublev selepas menewaskan juara Siri Master Cincinnati itu untuk menempah pertemuan menentang Damir Dzumhur dari Bosnia.

“Saya ada terfikir sebelum perlawanan – saya harus bermain dengan rentak dan kepantasan saya sendiri kerana saya tahu saya boleh bersaing dengan mana-mana pemain hebat dan itulah yang saya lakukan.” Berbeza dengan Roger Federer, yang memburu satu rekod kejuaraan keenam di Terbuka AS dan kejuaraan Grand Slam ketiga tahun ini, selain memperbaha­rui rekod memenangi kejuaraan Grand Slam yang ke- 20, menewaskan Mikhail Youzhny 6- 1, 6- 7 ( 3/ 7), 4-6, 6-4 dan 6-2.

Ia adalah kemenangan ke-17 berturut-turut Federer ke atas Youzhny.

Turut mara ialah juara 2009, Juan Martin del Potro, pemain pilihan ke-24 dari Argentina, yang menamatka ncabaran Adrian Menendez- Maceiras, pemain kelayakan dari Sepanyol, 6-2, 6-3 dan 7-6(7/3).

Dalam bahagian wanita, Karolina Pliskova dari Republik Czech, bangkit dari ketinggala­n sebelum pemain kelayakan tuan rumah, Nicole Gibbs 2-6, 6-3 dan 6-4.

Turut menyertai beliau di pusingan ketiga ialah pilihan keempat kejohanan, Elina Svitolina dan juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko.

“Ia mudah untuk pemain lain bermain di sini kerana mereka tidak berasa tertekan sebagai pemain nombor satu dunia,” kata Pliskova, yang berusaha untuk mengekalka­n statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dari cabaran Svitolina dan juga Ostapenko.

Svitolina, pemain dari Ukraine, menewaskan Evgeniya Rodina 6- 4 dan 6-4 sementara Ostapenko, pilihan ke-12 dari Latvia, menewaskan Sorana Cirstea dari Romania 6-4 dan 6-4.

Pemain remaja dari Jepun, Naomi Osaka, meneruskan rentak kecederaan selepas mengejutka­n juara bertahan, Angelique Kerber sebelum ini, menewaskan Denisa Allertova dari Czech 6-3, 4-6 dan 7-5. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RUBLEV BERBAKAT: Rublev (kiri) berjabat tangan dengan Dimitrov selepas tamat aksi perlawanan Terbuka AS.
— Gambar AFP RUBLEV BERBAKAT: Rublev (kiri) berjabat tangan dengan Dimitrov selepas tamat aksi perlawanan Terbuka AS.
 ??  ??
 ??  ?? ASENSIO
ASENSIO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia