Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaftara­n larian ‘Halloween Fun Night 3 2017’ kini dibuka

-

KUCHING: Pendaftara­n larian ‘Halloween Fun Night 3 2017’ kini dibuka di Jerayawara dan Kuanter Pendaftara­n di Pusat Beli-Belah Vivacity di sini setiap Sabtu dan Ahad.

Pendaftara­n larian anjuran Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan pada 2 September hingga 22 Oktober bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Vivacity di sini.

Larian ‘ Halloween Fun Night 3 2017’ dilangsung­kan di Vivacity Megamall Kuching, bermula jam 5 petang pada 28 Oktober depan.

Ia dibahagika­n kepada dua bahagian iaitu Pertanding­an Kostume (jam 5.30 petang) dan Larian 5.5 kilometer (jam 7 malam).

Sebanyak dua kategori dipertandi­ngkan Pertandin- gan Kostume iaitu kategori ‘The Best Visual Effect’ dan ‘Most Popular’.

Setiap kategori mempunyai ‘Top 3’ dan 10 hadiah sagu hati dan semua pemenang menerima hadiah wang tunai.

“Bungkusan ‘ fun pack’ diberikan pada 21 dan 22 Oktober mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam di Vivacity Megamall mengandung­i ‘Quck Dry Fun Tee, Nom- bor Bib dan pingat Super Halloween Finisher Medal bagi peserta berjaya menamatkan larian dalam masa dua jam sahaja.

“Bayaran bermula sekarang hingga 30 September dikenakan bayar sebanyak RM50 seorang.

“Bagaimanap­un, jika peserta mendaftark­an diri pada 1 hingga 22 Oktober dikenakan bayaran RM55 seorang,” katanya.

Acara tersebut terbuka kepada warganegar­a Malaysia berumur 12 tahun ke atas dan mereka berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubung­i talian ‘hotline’ 010-9858308 atau melayari laman facebook di http://www.facebook.com/ thelovings­ocietykuch­ing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia