Utusan Borneo (Sarawak)

Golf: Team HGA merangkul kejuaraan sulung

-

SAMARAHAN: Sambutan Hari Kemerdekaa­n kali ini memberi seribu pengertian buat Team HGA susulan kejayaan merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Match Play Antara Pasukan Samarahan Country Club (SCC) di padang golf SCC di sini kelmarin.

Setelah mencuba selama empat tahun berturut-turut pada peringkat final sejak kejohanan bermula pada 2013, Team HGA akhirnya berjaya membawa pulang Trofi Cabaran QC Concrete dengan kemenangan 3-2 ke atas pencabar utama, Brothers.

Kapten HGA, Kenny Chin berkata kemenangan ini amat bermakna bagi kami kerana gelaran pertama selama lima tahun. Kami amat gembira kerana memenangin­ya pada Hari Kemerdekaa­n.

“Perlawanan hari ini (kelmarin) sangat sengit dengan juara terpaksa ditentukan pada lubang terakhir di mana kami hanya perlu menyamakan skor, John Then dan Tan Ting Huat meraih mata penting buat kami pada ‘fourball’ kedua,” katanya di sini kelmarin.

HGA menang pada perlawanan perseorang­an pertama, tewas pada perseorang­an kedua, menang pada ‘fourball’ pertama dan tewas pada ‘fourball’ ketiga.

Pemain-pemain lain dalam pasukan itu termasuk Abdul Aziz Sahari, Oliver Ting, Michael Lee, Edward Chin, Danny Wee, Jimmy Tan, Chin Hau Shin dan Andrew Jong.

Kemenangan itu membolehka­n HGA menggondol baucar barangan bernilai RM10,000, trofi cabaran, trofi iringan dan medal.

Brothers diketuai Then Su Yew selaku kapten menerima baucar barangan RM7,000, trofi dan medal. Landseair yang menduduki tempat ketiga menerima baucar RM4,000, trofi dan medal.

Pasukan lain mengambil bahagian pada edisi kali ini antaranya King Kaban, Mafia Hukum, Tee Off Club, Trac Wheels, TPG United, Warriors, Black Labang, GPXB, Harmoni Elite, Harmoni Orri, HKH Pink, J& J Woods dan Keruk 16.

Sementara itu, Richard Sim mencatat skor ‘nett’ 61 untuk menjuarai kategori ‘Loser’s Pool’ lelaki diikuti Lokman Mustafa, Ahmad Khaidir Aris dan Ferdinand Janting di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Manakala Roland Ling menjuarai kategori ‘nett’ tetamu jemputan lelaki dengan catatan 63 skor menewaskan Wesley Chai (65) dan Raymong Ling (67).

Kategori wanita diungguli Pauline Gan dengan mencatat 66 skor ‘nett’ disusuli Susan Toh (66) dan Margaret Tan (69).

Hadir sama Penaung SCC, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Timbalan Presiden SCC, Sinang Bada dan Pengarah Urusan Kumpulan Quality Concrete Holdings Berhad, Raymond Tiang.

 ??  ?? TAHNIAH: Kenny (lima kiri) menerima hadiah daripada Dr Chan (tiga kiri) sambil disaksikan (dari dua kiri) Simon dan Tiang.
TAHNIAH: Kenny (lima kiri) menerima hadiah daripada Dr Chan (tiga kiri) sambil disaksikan (dari dua kiri) Simon dan Tiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia