Utusan Borneo (Sarawak)

‘Photoshoot’ mampu tingkatkan keyakinan diri: Aina

-

NAMA: UMUR: BANGSA: HOBI: PENDIDIKAN: PEKERJAAN: SOLEKAN: LOKASI: AINA MAGDALENA 25 TAHUN BIDAYUH BERSENAM DI GIM DIPLOMA JURURAWAT ANGEL ARTIS BRIDAL THE CONTAINER 1. Mengapa minat menjadi model fotografi?

Selain bersenam di gimnasium, bergambar menjadi model sambilan juga boleh dikatakan hobi saya. Saya ingin mencuba sesuatu yang baharu apabila berjinak-jinak dalam bidang ini. Bagi saya ‘photoshoot’ dapat meningkatk­an keyakinan diri apatah lagi dengan kerjaya saya sebagai jururawat. Malah dengan photoshoot kita akan dapat menyimpan kenangan menerusi gambar yang dirakamkan oleh jurufoto.

2. Adakah jururawat merupakan kerjaya sejak kecil? Mengapa?

Meskipun jururawat bukan kerjaya pilihan pertama, tetapi saya amat bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Ini pilihan ibu bapa. Saya meminati bidang kulinari tetapi kurang mendapat galakan daripada kedua-dua orang tua saya. Disebabkan saya patuh dengan kehendak orang tua, saya pun mengikuti pengajian kejururawa­tan dan tidak lama selepas tamat belajar, saya ditawarkan bekerja di sebuah hospital swasta di Kuching. Kerjaya yang saya anggap sebagai mencabar dan pada masa sama berbangga kerana dapat melakukan sesuatu yang tidak semua orang dapat buat.

3. Bagaimana anda melihat kerjaya sebagai model fotografi?

Bagi saya, model fotografi bukan sesuatu yang mudah. Saya dahulu amat kagum melihat ‘pose’ yang diperagaka­n oleh modelmodel dan tidak terlintas dalam fikiran untuk mencuba bidang ini kerana perwatakan saya yang agak kasar. Bukan mudah untuk menjadi model fotografi dan saya amat kagum dengan mereka yang dapat menempa nama di peringkat antarabang­sa. 4. Siapakah model idola dan mengapa?

Saya meminati dan mengagumi Dewi Liana Seristhia. Dia memiliki pakej yang sempurna - malah dia pandai menyanyi. Apatah lagi dia merupakan anak Sarawak. Kita perlu sokong model tempatan.

 ??  ?? BANGGA: Bersyukur dengan kerjaya sekarang.
BANGGA: Bersyukur dengan kerjaya sekarang.
 ??  ?? TINGKATKAN KEYAKINAN: Seronok timba pengalaman sebagai model fotografi sambilan. PILIH TEMPATAN: Meminati Dewi Liana sebagai model.
TINGKATKAN KEYAKINAN: Seronok timba pengalaman sebagai model fotografi sambilan. PILIH TEMPATAN: Meminati Dewi Liana sebagai model.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia