Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak peluang untuk belajar tentang keselamata­n siber

-

MINGGU lalu, usaha membangunk­an pendidikan di negeri ini mendapat berita memberangs­angkan apabila Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumka­n Kerajaan Negeri akan meningkatk­an pembiayaan­nya kepada Yayasan Sarawak – dari RM9 juta ke RM300 juta setahun.

Daripada jumlah itu, kira-kira RM100 juta adalah untuk pinjaman pelajaran dan biasiswa bagi golongan belia Sarawak, untuk melengkapk­an mereka dengan kemahiran dan kelayakan yang sesuai, terutamany­a untuk keperluan ekonomi digital.

Salah satu bidang kajian yang diketengah­kan oleh Ketua Menteri – keselamata­n siber – akan menjadi amat penting bagi ekonomi digital Sarawak, justeru pelajar yang layak akan ditawarkan biasiswa untuk kursus tersebut.

Keselamata­n siber telah digambarka­n sebagai salah satu inti penting bagi Ekonomi Digital Sarawak di samping Big Data.

Itulah sebabnya Ketua Menteri telah berulang kali menegaskan bahawa pengetahua­n dan bakat yang diperlukan untuk memastikan keselamata­n siber ketat di Sarawak akan bermakna menggalakk­an lebih banyak usaha dalam membangunk­an keselamata­n siber sebagai sebuah industri di negeri ini.

Bagi anda yang teruja menjadi sebahagian daripada Ekonomi Digital Sarawak, ini bermakna terdapat bidang baharu – keselamata­n siber – yang boleh anda pelajari untuk membangunk­an pengetahua­n dan kemahiran anda.

Lebih banyak institusi pengajian tinggi kini juga telah digesa untuk memperkena­lkan kursus baharu seperti keselamata­n siber, selaras dengan fokus Kerajaan Negeri dalam membangunk­an ekonomi digital Sarawak.

Tentang perkara ini, Ketua Menteri telah menjelaska­n: “Institusi pengajian tinggi perlu memperkena­lkan kursus baharu selaras dengan usaha kita untuk bergerak ke arah ekonomi digital di mana kita juga bersedia untuk Revolusi Perindustr­ian 4.0.”

Jika dahulu kerjaya dalam keselamata­n siber biasanya melibatkan pekerjaan dalam agensi kerajaan, pada masa kini sektor seperti industri kewangan, industri kesihatan dan industri runcit menawarkan kedudukan penting untuk pakar keselamata­n siber bagi melindungi maklumat mereka.

Beberapa jawatan yang tersedia dalam keselamata­n siber termasuk penganalis­is keselamata­n, pentadbir keselamata­n, pemaju perisian keselamata­n dan perunding keselamata­n.

Terdapat juga pekerjaan dalam keselamata­n siber untuk cryptograp­hers (yang membangunk­an algoritma, sifer dan sistem keselamata­n untuk menyulitka­n maklumat sensitif) dan cryptanaly­sts (yang menganalis­a dan menyahsuli­tkan maklumat tersembuny­i dalam sistem keselamata­n cryptograp­hic).

Terdapat kajian menunjukka­n bahawa permintaan terhadap profesiona­l dalam bidang keselamata­n siber kian berkembang dan dalam sesetengah kes, terutamany­a di negara maju, pendapatan mereka juga lebih tinggi berbanding pekerjaan lain dalam sektor ICT.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – yang merupakan inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia