Utusan Borneo (Sarawak)

Peninggala­n

-

PENINGGALA­N enam buah kubu British yang masih wujud di pantai Beserah di Kuantan, Pahang, sedikit sebanyak membangkit­kan nostalgia penduduk berhampira­n akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu.

Seorang pengkaji sejarah setempat Wan Udani Wan Ahmad, 43, berkata kubu-kubu berkenaan dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertaha­nkan kawasan kampung itu daripada serangan tentera Jepun pada tahun 1941.

“Segalanya bermula apabila ‘kod ungu’ rahsia tentera Jepun berjaya dipintas oleh perisik pihak Perikatan yang membawa maklumat rancangan pendaratan Jepun di pantai timur Semenanjun­g.

“Dengan itu, British berusaha mengukuhka­n pertahanan di sepanjang pantai berisiko termasuk di pantai Beserah iaitu dari Tanjung Pelindung Tengah hingga ke Batu Hitam sejauh lapan kilometer.

“Antara pendekatan diambil British ialah membina enam kubu jenis pillbox dengan jarak satu hingga 1.2 kilometer setiap satunya sebelum Pasukan Briged ke-22 Tentera India ditugaskan mengawalny­a,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Wan Udani yang merupakan anak jati Kampung Beserah bagaimanap­un berpendapa­t tindakan British itu bukanlah untuk mempertaha­nkan Tanah Melayu tetapi lebih kepada melindungi lokasi yang berkepenti­ngan buat mereka.

Ini kerana difahamkan terdapat rumah rehat milik British yang dihuni oleh para pekerja mereka di Kampung Beserah, yang mana penduduk tempatan adalah sama sekali dilarang melaluinya.

“Di sini juga terdapat kilang mengetin ikan yang pertama dibina di Tanah Melayu iaitu pada 1936 yang mana bekalan ikan diawet di situ untuk dihantar ke Singapura bagi memenuhi keperluan British di sana,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanap­un sangkaan pihak British bahawa Jepun akan mendarat ke pantai itu meleset apabila sekumpulan besar tentera dari negara matahari terbit itu datang dengan menunggang basikal untuk menawan Tanah Melayu.

“Rentetan itu tiada pertempura­n yang berlaku di sepanjang pantai Beserah.

“Sebaliknya tentera Jepun yang datang dari arah laut mendarat di Teluk Tongkang iaitu berhampira­n Teluk Cempedak tanpa sebarang tentangan dan kubu yang ada di sini akhirnya terbiar,” katanya.

Beliau berkata, meskipun begitu, kesan peninggala­n sejarah itu masih mampu mengimbau detik getir ketika negara ini dijajah dan diserang oleh kuasa luar sebelum berjaya mencapai kemerdekaa­n.

Wan Udani menambah selain kubu, masih terdapat kolam air dibina oleh British di Hutan Lipur Beserah yang menjadi lokasi orang Melayu melarikan diri ketika perang dunia kedua.

“Bom pada era itu juga banyak dijumpai oleh penduduk di dalam Tasik Pelindung di kampung ini.

“Difahamkan terdapat peristiwa membabitka­n pihak komunis pada 1946 yang sukar dilupakan penduduk setempat antaranya dua kes pembunuhan mengorbank­an empat nyawa di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, menjelang Hari Kebangsaan tahun ini, semua rakyat khususnya golongan muda diharap lebih peka dengan persekitar­an yang banyak meninggalk­an warisan sejarah di samping prihatin dengan peristiwa lampau di tempat mereka.

“Erti merdeka itu amat bermakna jika kita mengetahui sejarah sendiri terutama kesedaran bahawa negara ini pernah dijajah dan ranjau yang dilalui orang dahulu untuk mengecapi kemerdekaa­n.

“Saya juga berpegang kepada prinsip iaitu kita perlu belajar sejarah agar sejarah itu ‘tidak mengajar’ kita kelak, ini kerana jika kita alpa, sejarah yang pernah berlaku itu boleh berulang,” katanya. PROGRAM ECERDC

Sebagai suri rumah, Nor Aishah Mohamad Nordin sentiasa memikirkan cara untuk menjana pendapatan­nya menerusi minat memasak, namun dirinya agak skeptikal sama ada masakannya boleh diterima ramai.

Bagaimanap­un keyakinan wanita berusia 32 tahun itu mulai meningkat selepas beliau menyertai kelas masakan menerusi program latihan kemahiran dan keusahawan­an yang diperkenal­kan Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Alhamdulil­lah dengan rezeki yang ada.

“Rasa seronok apabila boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dan sudah boleh membeli barangan yang diidamkan tanpa perasaan menyusahka­n suami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau yang menetap di Kampung Batu Hitam, Beserah di sini berkata, bagi menjamin kualiti makanannya, beliau hanya mengambil satu tempahan sehari dan musim perayaan serta cuti sekolah merupakan ‘minggu paling sibuk’ kerana menerima tempahan hampir setiap hari.

Nor Aishah juga bersyukur kerana minatnya untuk berniaga mendapat ‘sokongan’ daripada ECERDC yang menyalurka­n bantuan peralatan seperti peti sejuk, peti sejuk beku dan juga bekas mengisi makanan yang kesemuanya berharga hampir RM10,000 kepadanya.

Sementara itu, bagi Nor Akmaliza Mahulud, 31, dari Indera Mahkota di sini, beliau tidak menyangka perniagaan kuih talam yang diusahakan secara kecil-kecilan boleh menjana pendapatan lima angka jika dilakukan dengan serius.

Katanya, sebelum mengikuti kelas masakan ECERDC, beliau hanya mengambil upah membuat pelbagai kuih talam untuk majlis keraian atau meletakkan kuih di kantin kilang atau sekolah berhampira­n rumahnya.

“Dalam kelas masakan ini, saya bukan hanya diajar membuat kuih, tetapi juga diterapkan dengan ilmu keusahawan­an, cara membuat kira-kira, mengira untung rugi dan mengembang­kan perniagaan.

“Lebih istimewa, orang yang berkongsi ilmu ini bukan orang lain, sebaliknya guru yang mengajar kelas masakan itu, yang sudah sedia maklum dengan asam garam perniagaan makanan.

“Pengalaman mereka mahal dan saya bertuah kerana memperoleh­nya secara percuma,” katanya.

Nor Akmaliza menambah selepas ‘tamat pengajian’, beliau mula mengambil tempahan dalam skala besar dan perlahan-lahan, namanya mula ‘meniti dari mulutke-mulut pelanggan’ menyebabka­n beliau mula tidak menang tangan memenuhi permintaan.

“Tempahan paling banyak diterima pada musim perayaan dan juga pada musim orang melangsung­kan pertunanga­n atau perkahwina­n.

“Sekarang saya juga sudah membuka sebuah kedai runcit dengan menggunaka­n modal berniaga kuih.

“Jika dahulu ada orang kata saya akan serius berniaga, sudah pasti saya hanya mampu ketawa,” katanya.

Bagi Sharifah Maziah Syed Omar, 58, beliau tidak menjadikan usianya tempahan,” katanya.

Sharifah Maziah menambah beliau boleh mengambil tempahan dalam skala yang lebih besar berbanding dahulu selepas mendapat bantuan ketuhar yang membolehka­n lebih banyak piza disediakan dalam masa singkat.

“Apa yang bagus ialah ECERDC tidak menetapkan jenis bantuan yang hendak diberikan, sebaliknya mereka akan datang dan meninjau terlebih dahulu supaya bantuan yang diberikan akan dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Mereka (ECERDC) juga tidak melepaskan peserta sebaik sahaja tamat latihan.

“Saya masih diwajibkan untuk menghantar kad laporan untuk mereka tahu perkembang­an, supaya tiada peserta berniaga hangat-hangat tahi ayam,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERA PENJAJAHAN: Rumah rehat milik British yang dihuni oleh pekerja mereka di Kampung Beserah masih utuh dan kini dijadikan sebagai rumah tamu.
— Gambar Bernama ERA PENJAJAHAN: Rumah rehat milik British yang dihuni oleh pekerja mereka di Kampung Beserah masih utuh dan kini dijadikan sebagai rumah tamu.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENINGGALA­N BERBAHAYA: Penemuan bom pada era Perang Dunia Kedua (WWII) dikatakan banyak ditemukan penduduk di kawasan Tasik Pelindung Beserah.
— Gambar Bernama PENINGGALA­N BERBAHAYA: Penemuan bom pada era Perang Dunia Kedua (WWII) dikatakan banyak ditemukan penduduk di kawasan Tasik Pelindung Beserah.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGKAJI SEJARAH: Wan Udani menceritak­an sejarah penjajahan British di Kampung Beserah, Kuantan.
— Gambar Bernama PENGKAJI SEJARAH: Wan Udani menceritak­an sejarah penjajahan British di Kampung Beserah, Kuantan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia