Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut dan tiga melecur, bot kargo minyak terbakar

Berlaku letupan besar semasa proses pemindahan minyak

-

KUDAT: Dua pekerja bot maut manakala tiga yang lain kritikal dan cedera selepas bot kargo membawa muatan minyak sebanyak 10,000 liter terbakar di Kampung Padang Pulau Banggi, di sini.

Kedua-dua mangsa yang maut ialah Jafar Janidil, 61, dan Sahlan Ashadan, 27 berasal dari Kampung Padang Pulau Banggi.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Mohd Zubil Mat Som berkata, kejadian jam 7.03 malam Rabu berlaku apabila bot berkenaan dari arah Kudat menuju ke Pulau Banggi bagi menghantar bekalan minyak di pulau terbabit.

“Semasa proses pemindahan minyak dari bot ke Kampung Padang, satu letupan besar berlaku menyebabka­n lima pekerja melecur teruk dan memerlukan rawatan segera.

“Kesemua mangsa kemudianny­a dihantar ke Klinik Kesihatan Karakit menggunaka­n bot Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Bot Pengawal 44 dan Bot Adal 04 untuk menerima rawatan selanjutny­a,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Karakit akibat kecederaan teruk pada bahagian saluran pernafasan dan kesan melecur di badan.

“Tiga mangsa yang berada dalam keadaan kritikal termasuk rakan mangsa berumur 45 tahun yang menumpang di bot terbabit untuk balik ke kampung melecur seban- yak 45 peratus di bahagian badan.

“Dua yang lain termasuk kanak- kanak berumur 10 tahun yang juga anak kepada mangsa yang meninggal turut kritikal dengan kesan melecur sebanyak 50 peratus, bagaimanap­un abangnya hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan,” katanya.

Tambahnya, kedua- dua mayat mangsa akan diserahkan kepada pihak keluarga mangsa sebaik dokumentas­i selesai dijalankan sebelum urusan pengkebumi­an dilakukan manakala tiga mangsa lain dipindahka­n ke Hospital Kudat untuk rawatan selanjutny­a.

 ??  ?? MELECUR: Anggota APMM memindahka­n mangsa yang melecur ke dalam bot sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan selanjutny­a.
MELECUR: Anggota APMM memindahka­n mangsa yang melecur ke dalam bot sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan selanjutny­a.
 ??  ?? TERJEJAS: Jambatan kayu di Kampung Melangkap Baru rosak dan memutuskan alat perhubunga­n utama ke lima kampung.
TERJEJAS: Jambatan kayu di Kampung Melangkap Baru rosak dan memutuskan alat perhubunga­n utama ke lima kampung.
 ??  ?? JATUH LAUT: Anggota bomba berusaha mengeluark­an kereta mangsa dari laut.
JATUH LAUT: Anggota bomba berusaha mengeluark­an kereta mangsa dari laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia