Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai KPDNKK ditahan reman minta suapan RM1,000, terima rasuah RM500

-

TAWAU: Seorang wanita berpangkat Penolong Pegawai Penguatkua­sa Gred KP29, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Tawau, ditahan reman tujuh hari bermula Khamis lepas.

Penahanan reman terhadap suspek berusia 37 tahun terbabit dijalankan untuk membantu siasatan berhubung kes meminta suapan RM1,000 dan menerima rasuah bernilai RM500.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Puspawati Sangut menetapkan tempoh penahanan reman melibatkan wanita itu di Mahkamah Majistret, di sini, Khamis.

Suspek yang ditahan di Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu, kira-kira jam 4.15 petang, kini ditahan reman sehingga 6 September.

SPRM Tawau melakukan penahanan berkenaan susulan aduan pengadu (Selasa), yang mendakwa suspek meminta wang rasuah RM1,000 pada 15 Ogos kira- kira jam 5 petang.

Permintaan wang rasuah itu dikatakan dorongan untuk melepaskan bot dan enjin pengadu yang dirampas KPDNKK kerana menyeludup 10 tong gas petroleum cecair (LPG).

Pengadu dilaporkan sudah menyerahka­n wang tunai RM500 pada hari yang sama (15 Ogos) dan baki wang RM500 lagi dikatakan hendak diserahkan pada hujung bulan ini.

Berikutan itu, siasatan kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 serta diklasifik­asikan sebagai kes meminta dan menerima wang rasuah.

Terdahulu, permohonan perintah penahanan reman berkenaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Pemangku Penolong Penguatkua­sa SPRM Muhammad Nor Zam Zam Maidin.

Suspek yang memakai baju berwarna kelabu, seluar ‘ track- suit’ biru dan selipar jepun, dibawa masuk ke mahkamah kira-kira jam 10.23 pagi sambil menutup wajahnya.

Kira- kira jam 11 pagi kemudian, suspek diiringi keluar oleh pegawai-pegawai SPRM serta dibawa menaiki van SPRM sebelum meninggalk­an kawasan mahkamah.

 ??  ?? DISIASAT: Suspek dibawa menaiki van SPRM untuk meninggalk­an kawasan mahkamah.
DISIASAT: Suspek dibawa menaiki van SPRM untuk meninggalk­an kawasan mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia