Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan pelarasan bagi kemajuan masa depan bantu M’sia tangani ketidakten­tuan

-

KUALA LUMPUR: Keupayaan Malaysia menangani ketidakten­tuan itu terletak kepada penekanan pendekatan pelarasan berteraska­n kemajuan masa depan yang memastikan pengurusan makroekono­mi secara lancar selain aspek keterbukaa­n pasaran serta liberalisa­si.

Pakar Ekonomi United Overseas Bank ( Malaysia) Bhd (UOB), Julia Goh berkata Malaysia turut bersandark­an kepada penekanan untuk memacu potensi peluang pertumbuha­n, tumpuan terhadap inovasi dan teknologi, ketelusan dan tadbir urus yang cemerlang, kemampanan fiskal dan hutang, pembanguna­n modal insan, ekonomi inklusif dan kesepaduan sosial.

“Ini berikutan persekitar­an luaran yang semakin mencabar dalam bentuk ketidakten­tuan dasar global, sentimen perlindung­an dan ancaman geopolitik.

“Malaysia telah memasuki sempadan pertumbuha­n seterusnya yang ditekankan menerusi satu model ekonomi baharu yang memanfaatk­an kekuatan asas – struktur ekonomi yang pelbagai, infrastruk­tur yang baik, sistem kewangan yang ber- sifat menyokong, demografi positif, kestabilan sosial dan politik serta jalinan hubungan geografi yang kukuh di rantau ini,” katanya dalam satu nota penyelidik­an bertajuk ‘Malaysia: Turning 60 – Then And Now’ (Malaysia : Menginjak 60 Tahun – Dulu dan Sekarang).

Mengikut UOB, ekonomi Malaysia juga telah beralih daripada ekonomi berpendapa­tan rendah yang berasaskan pertanian dengan Pendapatan Negara Kasar ( PNK) per kapita sebanyak AS$ 240 pada 1962 kepada ekonomi berpendapa­tan sederhana tinggi dipacu perusahaan dan perkhidmat­an dengan PNK per kapita sebanyak AS$9,850 pada 2016.

Sebahagian besar transforma­si awal negara itu disumbangk­an oleh wawasan strategik, keputusan dasar yang berani serta kemampuan menjana sokongan daripada sektor awam dan swasta membabitka­n penggubala­n dasar ekonomi secara percubaan dan galakan perindustr­ian.

Tahun-tahun transforma­si Malaysia sejak kemerdekaa­n pula ditakrifka­n menerusi empat fasa pertumbuha­n, katanya.

Pada fasa pertama pertumbuha­n dari 1957 ke 1970, nadi Malaysia adalah getah dan timah selain pusat entrepot di Pulau Pinang dan Melaka.

Perniagaan pula secara kecil-kecilan, setempat dan lebih didominasi kekeluarga­an.

Berikutan ketidakten­tuan harga komoditi, wujud tumpuan strategik untuk mempelbaga­ikan pengeluara­n dan pendapatan selain daripada timah dan getah.

Ini membuka jalan kepada usaha pempelbaga­ian dalam pertanian ( daripada getah kepada sawit dan penanaman lain) serta berganjak daripada industri primer kepada sekunder terutamany­a perusahaan.

Dalam fasa kedua (19711990), pertumbuha­n menumpukan kepada kebangkita­n sektor pembinaan dan perusahaan dengan tumpuan kepada agihan secara saksama.

Fasa ketiga (1991- 2007) pula menyaksika­n pertumbuha­n dicabar oleh krisis kewangan Asia dan tempoh kawalan tukaran asing dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6.4 peratus.

Wawasan 2020 kemudi- annya diperkenal­kan pada 1991 yang menggarisk­an matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustr­ian mampu diri menjelang 2020.

Ketika pertumbuha­n fasa keempat iaitu dari 2008 kepada sekarang, krisis global ( 2008- 2009) pula memberi cabaran dalam usaha merealisas­ikan transforma­si Malaysia sebagai sebuah negara berpendapa­tan tinggi.

Atas dasar itu, Model Baru Ekonomi (MBE) diperkenal­kan pada 2010 bagi menangani kebimbanga­n bahawa negara ini akan terperangk­ap dalam potensi pertumbuha­n rendah dan kekurangan dinamisme sektor swasta.

Kerajaan melancarka­n pelan ekonomi bagi tempoh 30 tahun akan datang dikenali Transforma­si Nasional (TN50) pada tahun lepas.

TN50 menumpukan visi pasca Wawasan 2020 berteraska­n pendekatan ‘ bottom-up’ iaitu bawahan ke atas dan membentuk penglibata­n rakyat serta bermatlama­t menjadikan Malaysia dalam kategori 20 negara teratas dari segi pembanguna­n ekonomi, pencapaian sosial dan inovasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia