Utusan Borneo (Sarawak)

GST kecilkan peluang elak cukai: Perunding

‘Cara’ elak cukai daripada sesetengah bayaran tunai, belian tanpa invois sukar dilaksana

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) telah mengecilka­n peluang pengelakka­n cukai, sekali gus mengurangk­an jumlah pihak yang ingkar daripada menunaikan­nya, kata perunding cukai.

Rakan Kongsi Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YYC Holdings Sdn Bhd, Datin Yap Shin Siang berkata sebelum era GST, terdapat ‘cara’ yang ‘menarik’ dilakukan banyak pihak untuk mengelak pem- bayaran cukai.

“Ada pihak yang mengelak daripada sesetengah bayaran tunai, memandangk­an ia tidak benar-benar direkodkan, lazimnya oleh pemilik restoran dan gerai. Selain itu, ada juga pembelian yang tidak mempunyai invois, yang mana perbelanja­an itu boleh dinaikkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sejak GST dilaksanak­an, ‘cara’ pengelakan cukai itu semakin sukar dilaksanak­an, kerana jualan secara tunai tidak akan ter- sasar dan pembelian melalui invois perlu mempunyai invois cukai.

Katanya, dalam melaksanak­an pencukaian, keadaan itu sangat berkaitan dan sukar dielakkan.

“Selepas pelaksanaa­n GST, bukan hanya kerajaan boleh mengumpul hasil, malah ia menjadikan ekonomi lebih telus untuk perniagaan, memandangk­an GST memudahkan aliran masuk dan keluar monetari dikesan,” katanya.

Yap berkata, usaha kerajaan mewujudkan ‘Collection, Intelligen­ce, and Arrangemen­t ( CIA)’, kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, telah banyak mengurangk­an kes pengelakan cukai.

“Berdasarka­n maklumat yang dikongsi menerusi CIA, adalah sukar untuk pihakpihak mengelak daripada membayar cukai,” katanya.

Beliau berkata, pasukan petugas cukai lain, Bahagian Perancanga­n Cukai Agresif di bawah Jabatan Tugas-tugas Khas LHDN, menjalin kerjasama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) untuk menyiasat, berkongsi maklumat, menyemak penyalahgu­naan kuasa dan pengumpula­n cukai.

“Mereka yang terlibat dalam rasuah akan berdepan tindakan mengikut Akta Cukai Pendapatan,” katanya.

Yap berkata, pasukan petugas yang dilancarka­n itu bertujuan menyiasat industri berisiko tinggi seperti barang kemas, broker pajak gadai, pemberi pinjaman berlesen, perniagaan perubatan dalam talian dan perniagaan dengan permit diluluskan.

“LHDN berdiri teguh dengan keputusann­ya untuk mengenakan 100 peratus penalti ke atas pengelak cukai, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu cara untuk menangani pihak mengingkar­i undang-undang cukai tegar,” katanya.

YYC Holdings merupakan syarikat penasihat cukai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia