Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport produk halal ke Jepun meningkat kepada RM2.66 bilion

-

KUANTAN: Eksport produk halal Malaysia ke Jepun meningkat kepada RM2.66 bilion pada 2016 daripada RM2.20 bilion pada 2015, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, nilai eksport itu dijangka berkembang apabila kedua- dua negara bakal memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) tidak lama lagi di mana Malaysia akan menawarkan ekosistem kepakaran halalnya kepada Jepun.

“MoC itu adalah hasil daripada mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Jepun pada 16 Nov tahun lepas bersempena dengan lawatan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ke Jepun, di mana beliau mencadangk­an kerjasama dalam sektor halal antara kedua-dua negara.

“MITI (Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri) telah memuktama- dkan MoC itu dan ia dijangka dibentangk­an kepada Kabinet tidak lama lagi.

“MoC itu merupakan satu inisiatif untuk menggalakk­an kerjasama dan kepakaran dalam aspek halal antara kedua-dua negara, ketika Jepun bersiap sedia menganjurk­an kejohanan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 Tokyo,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Pocket Talk sehari mengenai Peluang Perniagaan Halal di Jepun bagi Wilayah Pantai Timur, di sini, baru-baru ini.

Eksport produk halal Malaysia bernilai RM42.17 bilion tahun lepas.

Ahmad berkata MoC itu akan melibatkan kerjasama dalam pembanguna­n kepakaran halal, penggalaka­n perdaganga­n dan pelaburan, persijilan, pelanconga­n, logistik dan rantaian bekalan, dan ekosistem di Jepun.

Beliau, yang yakin pemain industri halal Malaysia akan mendapat akses mudah dan keutamaan dalam menembusi pasaran Jepun memandangk­an sijil halal dan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diiktiraf antarabang­sa, menggesa syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana merebut peluang ini untuk menjadi pengekspor­t produk halal utama ke Jepun.

“Kejohanan Olimpik adalah peristiwa penting bagi kita untuk memasuki pasaran Jepun. MoC itu akan memperinci­kan prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengekspor­t, dan kami akan membantu mereka mematuhi peraturan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur Akira Kajita berkata JETRO telah melaksanak­an pelbagai program untuk menggalakk­an syarikat antarabang­sa dan perniagaan memasuki Jepun, termasuk menyediaka­n laman web padanan perniagaan dalam talian percuma, Program Penggalaka­n Kerjasama Perdaganga­n, dan mereka yang berminat boleh mendaftar di www.jetro.go.jp/ttpp.

Beliau berkata Invest Japan Business Support Centre menyediaka­n pejabat sementara percuma sehingga 50 hari dan akses kepada penasihat pakar untuk membantu syarikat asing membuka perniagaan di Jepun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia