Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, Singapura akan panggil tender AssetsCo pada akhir tahun

-

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura dijangka memanggil tender pada akhir tahun bagi menubuhkan syarikat aset dibiayai swasta (AssetsCo) untuk Projek Keretapi Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Timbalan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat (LTA) Singapura, Chua Chong Kheng, berkata, kedua-dua negara telah mencapai kemajuan yang baik.

“Tepat pada masanya untuk kami memanggil tender menjelang akhir tahun,” katanya.

Chua berkata demikian kepada peserta Simposium Ketiga Keretapi Laju, ‘Berkongsi pengalaman 52 tahun Shinkansen’ di sini baru-baru ini.

Simposium itu dihoskan Kementeria­n Tanah, Infrastruk­tur, Pengangkut­an dan Pelanconga­n Jepun; Kementeria­n Hal Ehwal Luar; Kementeria­n Ekonomi, Perdaganga­n dan Industri; Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun, Perkhidmat­an Teknikal Keretapi Jepun dan Persatuan Sistem Keretapi Seberang Laut Jepun.

Beliau berkata, menjelang pelancaran tender tersebut, kedua-dua negara telah melibatkan diri dengan pasaran.

“Kami juga mendapatka­n pandangan mengenai bagaimana meningkatk­an reka bentuk dan menangani sebahagian kebimbanga­n pasaran. Kami memperoleh maklum balas yang sangat baik,” katanya.

Taklimat industri pertama itu, yang dijalankan secara bersama oleh LTA dan MyHSR Corp Sdn Bhd dari Malaysia di sini pada 5 Julai, menarik hampir 400 peserta daripada 165 entiti antarabang­sa dan tempatan.

Taklimat tersebut mengalualu­kan peserta daripada semua rantaian nilai HSR – pembekal dan penyepadu lokomotif dan sistem, pengendali rangkaian, perunding kejurutera­an dan undang- undang, pembiaya dan syarikat pengendali­an dan pembinaan.

Kedua- dua negara akan menjalanka­n Taklimat Industri kedua secara bersama pada 26 September bagi meneruskan proses pembabitan pasaran untuk projek HSR berkenaan, katanya.

Chua berkata, taklimat ini akan berkongsi maklumat tambahan mengenai tender AssetsCo dan menangani sebahagian persoalan penting yang ditimbulka­n pemain pasaran semasa Taklimat Industri pertama.

“Saya ingin mengalakka­n semua pembida yang berminat untuk menghadiri Taklimat Industri kedua yang akan diadakan di London,” kata Chua.

AssetsCo akan bertanggun­gjawab ke atas reka bentuk, membina, membiaya dan menyelengg­ara lokomotif serta untuk mereka bentuk, membina, membiaya, mengendali dan menyelengg­ara aset kereta api seperti kerja trek, kuasa, isyarat dan telekomuni­kasi.

Perkhidmat­an keretapi ekspres itu akan bermula pada 31 Disember 2026. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia