Utusan Borneo (Sarawak)

Korban bangunan runtuh di Mumbai melonjak kepada 33

-

MUMBAI: Bilangan kematian dalam kejadian bangunan runtuh di ibu kota komersil India, Mumbai, melonjak kepada 33 semalam setelah penyelamat mengeluark­an lebih 12 mayat dari runtuhan pada malam kelmarin.

Pegawai berkata 22 lelaki, lapan wanita dan tiga kanakkanak maut apabila bangunan perumahan terbabit roboh pada pagi kelmarin dalam kawasan yang sesak dengan penduduk di Bhendi Bazaar ekoran hujan lebat.

Bangunan berusia 117 tahun itu diisytihar­kan tidak selamat dan bakal dimusnahka­n bagi satu projek pembanguna­n semula yang sedang mengubah Bhendi Bazaar, sebuah pasar era penjajahan yang comot.

“Semalam kami mengeluark­an 15 mayat, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 33,” kata Tanaji Kamble, seorang jurucakap pengurusan bencana bagi pihak berkuasa sivik di Mumbai, kepada wartawan AFP.

Mangsa yang terkorban termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan dua gadis berusia 11 dan 14 tahun, tambahnya.

Dua belas orang lagi menerima rawatan bagi kecederaan di sebuah hospital tempatan, kata Kamble.

Penyelamat masih mencari mangsa di bawah runtuhan pada pagi semalam dengan harapan untuk menemukan mangsa lain yang terselamat, 24 jam selepas bangunan usang berkenaan runtuh dalam salah sebuah daerah paling bersejarah di Mumbai.

Kejadian bangunan runtuh biasa berlaku di Mumbai, terutamany­a pada musim monsun dari hujung Jun hingga September, apabila hujan lebat membadai kota barat India itu dan melemahkan struktur yang dibina dengan buruk.

Kejadian Khamis lepas berlaku setelah banjir di kota itu mengorbank­an 10 nyawa. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MALANG: Anggota bomba mengangkat mayat mangsa di tapak bangunan runtuh di Mumbai, India kelmarin.
— Gambar Reuters MALANG: Anggota bomba mengangkat mayat mangsa di tapak bangunan runtuh di Mumbai, India kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia