Utusan Borneo (Sarawak)

UMUR TIDAK HALANG ‘BADANG’ SENIOR

Chee syukur masih aktif dalam bina badan, mendapat sokongan padu dari keluarga dan rakan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengalaman dan pendedahan selama beberapa tahun memberi kelebihan buat atlet bina badan senior Nolan Chee Chean Syze pada kejuaraan anjuran Persatuan Bina Badan Amatur Kebangsaan (NABBA)-Persekutua­n Sukan Fizikal Dunia (WFF) di Singapura pada bulan lepas.

Chee merangkul gangsa dalam kategori Masters (45 tahun ke bawah) pada kejohanan yang diadakan di Kallang Theatre, Singapura.

Beliau berada di belakang pemenang emas Fallahi Masoud dari Iran dan rakan senegara, Raymond Teng Beng Huat yang merangkul perak.

Atlet negara yang lain, Sivakumar Prumal menduduki tempat keempat, manakala peserta tuan rumah Lai Laichee Fo di kedudukan kelima.

“Saya berasa bersyukur kerana masih kekal aktif dalam sukan ini serta mendapat sokongan padu dari keluarga dan rakan.

“Bagi saya, usia hanya angka. Saya sedang berada pada prestasi terbaik ketika ini dan tidak sabar untuk menyertai Mr Olympia Asia yang akan diadakan di Hong Kong pada Oktober depan,” ujar atlet kelahiran Kuching itu kepada Utusan Borneo semalam.

Di Hong Kong, beliau akan mengambil bahagian dalam kategori Bina Badan Klasik.

Ditanya mengenai peluangnya, Chee tetap menjangkak­an saingan sengit daripada pencabar lain.

“Sepanjang menyertai sukan ini, saya tidak pernah memandang rendah pencabar lain.

“Setiap tahun, pasti muncul atlet bina badan baharu yang begitu berazam dan berdedikas­i untuk muncul juara.

“Mengambil contoh kejohanan di Singapura, terdapat ramai pesaing dari negara seperti China, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Vietnam. India khususnya menghantar ramai peserta yang baik.

“Secara keseluruha­nnya, ia adalah satu acara bertaraf dunia - yang mempamerka­n prestij seperti mana- mana pertanding­an Nabba-WFF di seluruh dunia,” katanya.

Sebelum menceburi sukan bina badan pada 1983, Chee terlibat dalam sukan renang semasa di peringkat sekolah menengah.

Sejak itu beliau tidak memandang belakang dan memenangi gelaran pertama Mr Kuching pada 1986 disusuli dengan menjuarai pertanding­an peringkat bahagian dari 1990 hingga 2008 yang merupakan tahun di mana beliau muncul juara keseluruha­n Mr Sarawak.

Setelah berehat selama empat tahun, Chee kembali mewarnai arena bina badan dalam kejohanan Mr Sarawak pada 2013 dan memenangi kategori Masters. Ketika itu, beliau sudah berusia 46 tahun.

Pada 18 Oktober ini, Chee akan berusia 50 tahun.

Grand Prix Singapura NABBA-WFF 2017 disertai 50 negara di seluruh Asia.

Bagi saya, usia hanya angka. Saya berada pada prestasi terbaik ketika ini dan tidak sabar untuk menyertai Mr Olympia Asia yang akan diadakan di Hong Kong pada Oktober depan. Nolan Chee Chean Syze Atlet bina badan senior

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Chee memperagak­an trofi Grand Prix Singapura NABBAWFF dimenangin­ya.
BANGGA: Chee memperagak­an trofi Grand Prix Singapura NABBAWFF dimenangin­ya.
 ??  ?? BERSAING: Chee (tengah) bersama pesaing lain dalam kategori Masters (dari kiri) Lai, Sivakumar, Fallahi dan Teng.
BERSAING: Chee (tengah) bersama pesaing lain dalam kategori Masters (dari kiri) Lai, Sivakumar, Fallahi dan Teng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia