Utusan Borneo (Sarawak)

LAGI MAUT REMPUH LORI SAMPAH

Kes terbaharu ragut nyawa remaja di Kilometer 3 Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan.

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Seorang lagi penunggang motosikal terbunuh selepas melanggar belakang lori sampah yang berhenti mengambil sampah, malam kelmarin.

Dalam kejadian terbaharu di Kilometer 3 Jalan Datuk Mohd Musa di sini malam kelmarin, mangsa Mohd Nur Fitri Abdullah, 19, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.50 malam Jumaat lepas.

Mangsa semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Bundong.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori sampah yang dikatakan berhenti mengambil sampah telah dilanggar oleh mangsa di bahagian belakang sebelah kanan menyebabka­n dia mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kes tersebut dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Pada 23 Ogos lalu, seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Francis Lim Soon Fatt berusia 19 tahun terbunuh selepas dikatakan merempuh belakang sebuah lori sampah yang dikatakan berhenti di tepi jalan untuk mengambil sampah di Batu 9 Jalan Kuching-Serian.

Mangsa dalam kejadian sekitar jam 1.40 pagi itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Duuh di Batu 17 Jalan Kuching-Serian.

Bingkok dalam kenyataan akhbarnya dipetik berkata, “Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kuching menuju ke Siburan tidak sempat mengelak lori tersebut yang berhenti di tepi jalan raya berkenaan untuk mengambil sampah lalu merempuh belakangny­a.

“Impak rempuhan tersebut menyebabka­n mangsa yang tercampak dari atas motosikaln­ya mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan,”.

Menurutnya juga, mangsa yang dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS bagaimanap­un disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga untuk upacara pengebumia­n.

 ??  ?? REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia