Utusan Borneo (Sarawak)

KEDIAMAN LEBIH SISTEMATIK

Beberapa perkampung­an di Bintulu dan Sibu akan dibangun dengan menjadikan Projek Darul Hana Kuching sebagai model.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Beberapa perkampung­an di Bintulu dan Sibu akan dibangun menjadi kediaman lebih sistematik dengan menjadikan Projek Pembanguna­n Perumahan Darul Hana Kuching sebagai model.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat permintaan bagi tujuan pembanguna­n kediaman lebih moden seperti Darul Hana termasuk di Bintulu.

“Mereka (perkampung­an di Bintulu) meminta untuk membangunk­an perumahan moden dengan menjadikan Darul Hana di sini sebagai model.

“Ekoran daripada itu saya telah meminta Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengemukak­an pelan yang sama dengan perancanga­n di Sibu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Korban Perdana yang dihadiri Menteri Muda Elektrik Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi di Masjid Darul Hana di sini semalam.

Mereka (perkampung­an di Bintulu) meminta untuk membangunk­an perumahan moden dengan menjadikan Darul Hana di sini sebagai model. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Beliau berkata di Sibu projek pembanguna­n perumahan berkenaan dikendalik­an Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) dan perumahan.

“Di Bintulu kita belum lagi mengenal pasti tapak dan kita perlu melakukan kerja-kerja infrastruk­tur terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai projek pembanguna­n Darul Hana Kuching, Abang Johari berkata, ia merupakan pendekatan kerajaan untuk mem- bawa rakyat atau penduduk perkampung­an seberang ke arah lebih moden.

Jelas beliau sudah tiba masanya penduduk di kampung berkaitan menikmati pembanguna­n lebih moden di mana ia akan memiliki pelbagai kemu- dahan asas yang moden dan terkini selaras dengan kemajuan dunia pada masa kini.

“Bukan itu sahaja bahkan kita akan membantu penduduk yang berpindah ini nanti bagi memastikan mereka tidak berhutang untuk rumah baharu.

“Jabatan Tanah dan Survei (JTS) akan menilai tanah dan rumah sedia ada dan mereka akan diberi ganti rugi dan mereka akan menggunaka­n nilai ganti rugi tadi untuk rumah baharu tanpa berhutang,” tegasnya.

Beliau menyatakan bagi mereka yang mempunyai nilai ganti rugi yang rendah disebabkan tanah agak kecil, kerajaan akan mencari pendekatan bagi membantu menyelesai­kan bayaran terbabit.

Sementara itu Dr Abdul Rahman dalam ucapannya berkata projek Pembanguna­n Darul Hana melibatkan 12 kampung di kawasan seberang hilir yang tidak begitu terancang bermula dari Kampung Boyan hingga Kampung Bintawa Hilir.

“Projek Darul Hana ini melibatkan 2,607 ketua isi rumah (KIR) daripada 12 kampung selain dianggar 4,000 ‘extended family’ turut terlibat.

“Fasa pertama pemindahan atau pembanguna­n perumahan akan melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Panglima Seman Lama, Semarang dan Pulo Hulu melibatkan 504 KIR,” katanya.

Hadir sama isteri Abang Johari Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK DIAGIHKAN: Abang Johari melapah daging lembu yang akan diagihkan kepada golongan asnaf sempena Majlis Korban Perdana di Masjid Darul Hana, semalam. Turut kelihatan Juma’ani (tiga kiri), Dr Abdul Rahman (kiri), Hasidah (empat kanan) dan Misnu...
UNTUK DIAGIHKAN: Abang Johari melapah daging lembu yang akan diagihkan kepada golongan asnaf sempena Majlis Korban Perdana di Masjid Darul Hana, semalam. Turut kelihatan Juma’ani (tiga kiri), Dr Abdul Rahman (kiri), Hasidah (empat kanan) dan Misnu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia