Utusan Borneo (Sarawak)

JANGAN MALU MENGAKU MENDIAMI SIBU JAYA

- Oleh Watt Zacchaeus

JANGAN berasa malu mengakui tinggal di Sibu Jaya kerana adalah sebuah bandar baharu dan bakal berkembang dengan lebih pesat dan luas, kata Kaunselor Kong Yii Tee.

Jelasnya, persepsi negatif terhadap Sibu Jaya walaupun populasi pendudukny­a ramai tinggal di sini dan kepelbagai­an kaum mendiaminy­a tidak bermakna ia boleh dikait dengan masalah sosial dan jenayah tinggi.

“Sibu Jaya kini telah banyak berubah di mana pendudukny­a mempunyai pelbagai kaum dan agama serta bakal menuju sebuah bandar baharu yang lebih pesat lagi pada masa akan datang.

“Pelbagai pembanguna­n bakal dan sudah dirancang akan merancakka­n lagi Sibu Jaya,” katanya semasa berucap merasmikan Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya di pekarangan Komersil Sapphire East, Sibu Jaya, baru-baru ini.

Sebagai salah seorang penduduk Sibu Jaya, Kong mengakui bahawa beliau juga berasa sedikit janggal pada mulanya ketika mula-mula mendiami Sibu Jaya disebabkan ia terletak di pinggir bandar serta dikaitkan dengan pelbagai gejala tidak sihat.

“Tetapi pada masa kini, saya mahu semua penduduk Sibu Jaya tahu bahawa rumah yang anda beli di sini telah meningkat nilainya begitu juga dengan bangunan kedai-kedai yang anda miliki sekarang.

“Sibu Jaya adalah sebuah kawasan tumpuan termasuk komersil dan sebab itu anda harus berasa bangga tinggal di Sibu Jaya,” ujarnya.

Beliau berkata, penduduk Sibu Jaya harus ingat bahawa Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang ketika itu sebagai Menteri Perumahan telah memajukan Sibu Jaya dengan pelan induknya.

“Digabung usaha dan pengorbana­n dibuat pejabat di Kementeria­n Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), pemilik tanah HDCam, pemaju dan kontraktor dengan dukungan rakyat Sibu Jaya, bandar ini telah banyak berubah pada hari ini berbanding 10 hingga 20 tahun lalu.

“Namun kita dimaklumka­n masih banyak lagi perkembang­an serta pembanguna­n yang menarik bakal dinikmati oleh kita di Sibu Jaya ini pada masa akan datang,” tegasnya.

Sebagai salah seorang kaunselor ditugaskan MDLBS untuk menjaga Sibu Jaya, Kong berkata, beliau sudah bersedia untuk berkhidmat dalam segala perkara dan tanpa mengira kaum serta perbezaan politik.

“Saya berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat Sibu Jaya tanpa mengira siapa anda. Sudah menjadi tanggungja­wab saya untuk bekerja kepada penduduk di sini,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai Pesta Sibu Jaya, Kong memuji pemaju Distrepark Sdn Bhd, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Amcorp Properties kerana membawa acara berskala besar ke bandar Sibu Jaya.

“Pemaju tidak mempunyai kewajiban untuk menjadi penganjur acara ini (Pesta Sibu Jaya) tetapi itulah tanggungja­wab mereka sebagai pemaju di sini iaitu menghimpun­kan penduduk Sibu Jaya untuk bersatu di bawah satu pesta rakyat,” katanya.

Menurutnya, Distrepark Sdn Bhd sebenarnya memainkan peranan sebagai pemaju dan membuktika­n bahawa mereka bukan sahaja mendirikan bangunan dan infrastruk­tur tetapi pembina rumah serta kehidupan sihat bagi penduduk di sini.

Hadir sama ialah Pengurus Kanan Distrepark Sdn Bhd Eddy Puah, para kaunselor dari MDLBS, pemimpin masyarakat serta tetamu jemputan lain.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Kong (lapan kiri) sambil disaksikan yang lain sedang memotong reben sebagai simbolik merasmikan Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya baru-baru ini.
RASMI: Kong (lapan kiri) sambil disaksikan yang lain sedang memotong reben sebagai simbolik merasmikan Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya baru-baru ini.
 ??  ?? AMANAT PENTING: Kong semasa menyampaik­an ucapan bagi merasmikan Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya baru-baru ini.
AMANAT PENTING: Kong semasa menyampaik­an ucapan bagi merasmikan Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kong (tujuh kiri) bersama yang lain ketika menghadiri Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Kong (tujuh kiri) bersama yang lain ketika menghadiri Pertanding­an Karaoke Lagu Cina Sempena Pesta Sibu Jaya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia