Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT REMPUH BELAKANG LORI SAMPAH

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal terbunuh akibat kecederaan parah selepas merempuh belakang sebuah lori sampah yang dikatakan berhenti di tepi jalan untuk mengambil sampah di Batu 9 Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Mangsa Francis Lim Soon Fatt, 19, semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Duuh di Batu 17 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 1.40 pagi.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri tidak sempat mengelak lori tersebut lalu merempuh belakangny­a menyebabka­n dia tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kuching menuju ke Siburan tidak sempat mengelak lori tersebut yang berhenti di tepi jalan berkenaan untuk mengambil sampah lalu merempuh belakangny­a.

“Impak rempuhan menyebabka­n mangsa yang tercampak dari atas motosikaln­ya mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan,” kata Timbalan Ketua Jabatan Penguatkua­saan dan Siasatan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John.

Menurutnya, mangsa yang dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS bagaimanap­un disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di wad ICU HUS dan mayatnya kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat yang dijadualka­n pada jam 2 petang hari ini (semalam),” katanya.

Pemandu lori yang berusia 55 tahun dan berasal dari Kota Samarahan juga telah diambil keterangan untuk membantu siasatan polis.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

TRAGIS: Keratan akhbar 25 Ogos yang melaporkan kes pertama pada 23 Ogos.

 ??  ?? PARAH: Mangsa diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke HUS.
PARAH: Mangsa diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke HUS.
 ??  ?? ROSAK: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan tersebut.
ROSAK: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia