Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak bakal eksport ketam paya berkualiti

-

LUNDU: Sarawak kini mempunyai ladang penternaka­n ketam paya berkualiti tinggi bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar.

Menggunaka­n nama Neocrab, ladang bersepadu ini telah dibuka dan beroperasi di Loba, Stoh, Rambungan dekat Lundu.

Menurut Pengarahny­a Umang Jabu, Neocrab tidak lengkap tanpa ladang penternaka­n selepas pembukaan ladang penetasan ketam paya di Sematan.

“Ini merupakan ladang kami yang pertama di mana sebelum ini kolam-kolam ini digunakan untuk penternaka­n udang dan ikan oleh pengusaha lain.

“Selepas Neocrab menyewa ladang ini, kami mengubah suai dan menambah baik untuk mengoptimu­mkan ruang yang ada.

“Terdapat 18 kolam ketam paya di ladang ini di mana kolam pertama telah menampung ketam paya bermula enam bu- lan lepas,” katanya pada pembukaan Neocrab semalam.

Pembukaan ladang tersebut disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Turut hadir, Penasihat Penyelidik­an Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Neocrab Dr Colin Shelley serta yang lain.

Bercakap lanjut mengenai ladang tersebut, selain pasaran tempatan, ketam-ketam yang diternak di ladang ini akan turut dieksport ke Singapura, Hong Kong dan China.

Bagi menjamin kualiti ketam yang dikeluarka­n dari ladang ini, syarikat menggunaka­n teknologi tuaian yang mempunyai pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Syarikat turut merancang untuk membangunk­an ladang lain di Sarawak dan paling penting bekerjasam­a dengan peladang kontrak untuk menjadi pembekal utama ketam paya.

Ladang di Rambungan ini merupakan ladang demonstras­i yang akan digunakan untuk mengetenga­hkan potensi penternaka­n ketam paya kepada penternak berpotensi lain.

 ??  ??
 ??  ?? PENERANGAN: Dr Colin (kanan) memberi penerangan kepada Uggah (dua kanan) mengenai penternaka­n ketam paya. Turut kelihatan Jabu (kiri) dan Datin Amar Doreen Mayang (dua kiri).
PENERANGAN: Dr Colin (kanan) memberi penerangan kepada Uggah (dua kanan) mengenai penternaka­n ketam paya. Turut kelihatan Jabu (kiri) dan Datin Amar Doreen Mayang (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia