Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja maut nahas motosikal, 4WD

Pembonceng parah dalam kemalangan di Jalan Hospital Sri Aman

- Oleh Jeremy Lanson

Mangsa maut di tempat kejadian, manakala pembonceng mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut. DSP Bingkok John Timbalan Ketua JSPT Sarawak

SRI AMAN: Seorang remaja lelaki maut dan seorang lagi parah selepas terlibat kemalangan membabitka­n sebuah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Hospital Sri Aman, dekat sini malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John berkata penunggang motosikal dikenali sebagai Dominick Chia Bong Hiang berusia 16 tahun berasal dari Jalan Pasir Panas, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pembonceng­nya yang berusia 20 tahun dan berasal dari Jalan Kejatau, di sini mengalami kecederaan parah dalam kemalangan berlaku sekitar jam 11 malam itu.

“Siasatan awal mendapati kenderaan 4WD tersebut yang datang dari arah Jalan Mangga hendak keluar simpang ke arah Temudok dan dalam proses ( keluar simpang) tersebut, ia telah dilanggar di bahagian tepi kanan motosikal yang ditunggang­i mangsa.

“Mangsa maut di tempat kejadian, manakala pembonceng mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hos- pital Sri Aman untuk rawatan lanjut,” kata Bingkok.

Mayat mangsa juga dikatakan telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

“Sementara pemandu dan penumpang kenderaan 4WD tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Bingkok.

Tambahnya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? TERBABAS: Keadaan kenderaan 4WD tersebut yang terbabas selepas dilanggar motosikal ditunggang­i mangsa.
TERBABAS: Keadaan kenderaan 4WD tersebut yang terbabas selepas dilanggar motosikal ditunggang­i mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia