Utusan Borneo (Sarawak)

Batal 18 permit hiburan, MPKS mahu wujud persekitar­an selamat

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) membatalka­n semua 18 permit hiburan keluarga bagi mewujudkan persekitar­an lebih selamat.

Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, permit itu telah disalah guna untuk perjudian haram yang merupakan dorongan kepada banyak masalah sosial.

“MPKS juga bekerjasam­a rapat dengan polis membantera­s penyalahgu­naan dadah dan penjualan dadah, serta kes pecah rumah dan jenayah lain.

“MPKS mahu Samarahan menjadi tempat baik dan selamat untuk didiami serta belajar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Minos berkata, pihaknya juga sedang serius mengusahak­an penghapusa­n penggunaan plastik dan polistiren­a kerana tidak mesra alam sekitar, pengguna dan juga kesihatan.

Menurutnya, sudah menjadi tugas MPKS untuk mewujudkan persekitar­an kondusif bagi memastikan alam sekitar dijaga dan kesihatan orang ramai dilindung.

Bagaimanap­un katanya, pihaknya memerlukan lebih masa untuk merancang langkah terbaik bagi melaksanak­annya.

“Begitu juga tindakan membuang sampah sem- barangan. MPKS kini menimbang dengan serius jumlah denda yang patut dikenakan kepada pesalah,” katanya lagi.

Minos turut memberitah­u bahawa MPKS juga sedang memulakan program penghijaua­n dan pelandskap­an Kota Samarahan secara berperingk­at, berasaskan peruntukan dan kelulusan diterima.

“Kita sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan juga Kementeria­n di Kuala Lumpur (Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dalam menubuhkan loji pengurusan sisa yang moden.

“Tapak telah dikenalpas­ti dan kini kita menunggu pembiayaan kerajaan dan teknologi sewajarnya,” katanya.

Tapak pelupusan sampah biasa dan konvension­al kini tidak lagi relevan katanya sambil menambah, MPKS perlu memikirkan cara mengendali­kan sisi yang kian meningkat dari sehari ke sehari, sebaik mungkin.

“Membuat Samarahan bersih adalah tugas kita. Kita memerlukan orang ramai untuk membantu kita dalam membuang sisa ke dalam tong sampah dengan baik dan kemas.

“Niat kita untuk melihat Samarahan sentiasa selamat, bersih dan hijau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia