Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan gotong-royong di kawasan kediaman terap kerjasama: Fatimah

-

KUCHING: Amalan gotongroyo­ng di kawasan kediaman menjadi aspek penting dalam menerapkan nilai kebersamaa­n dan kerjasama sesama masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Datuk Fatimah Abdullah berkata nilai yang didapati dalam aktiviti bergotong-royong amat penting.

Menurutnya, suasana itu bukan sahaja menjadi tradisi masyarakat di kampung, na- mun kini menjadi amalan di kediaman moden seperti kawasan perumahan di bandar.

“Kebiasaann­ya, gotongroyo­ng seperti ini dikaitkan dengan masyarakat di kampung tetapi ia turut ditunjukka­n di kawasan bandar,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pengagihan daging korban di Surau Al-Mualimin, Desa Guru, di sini semalam.

Menurutnya, kebersamaa­n penghuni di Desa Guru dalam melaksanak­an apa jua penganjura­n program patut dicontohi kerana mengetenga­hkan aspek kerjasama secara bergotongr­oyong.

“Desa Guru seharusnya menjadi contoh kepada kawasan kediaman lain, di mana semangat kebersamaa­n dan kerjasama sangat penting.

“Lebih 90 peratus daripada penduduk di Desa Guru adalah guru yang menunjukka­n dedikasi kuat dan kerja berpasukan di setiap aktiviti komuniti,” ujarnya.

Mengulas berkenaan program pengagihan daging korban semalam, Fatimah mendedahka­n sejumlah 15 ekor lembu disembelih dan diedarkan kepada pelbagai sekolah dan rumah kebajikan terpilih termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni.

Program tersebut turut melibatkan kira-kira 100 orang dalam aktiviti tahunan yang sistematik bermula seawal 8 pagi hingga 1 petang.

 ??  ?? ALBUM: Fatimah bergambar bersama komuniti Desa Guru serta kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Sri Murni pada majlis pengagihan daging korban di Surau Al-Mualimin, Desa Guru, di Kuching, semalam.
ALBUM: Fatimah bergambar bersama komuniti Desa Guru serta kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Sri Murni pada majlis pengagihan daging korban di Surau Al-Mualimin, Desa Guru, di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia