Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan untuk Bumiputera bukan Islam dalam PETROS akan diisi

-

KUCHING: Jawatan untuk Bumiputera bukan Islam dalam Lembaga Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan diisi, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Bagaimanap­un, menurut beliau, ia bukan satu perkara mudah kerana perlu mengenal pasti individu yang benar-benar berpengala­man untuk mengisi jawatan penting dalam Lembaga PETROS, yang baharu ditubuhkan.

“Tunggu dulu (pengisian jawatan) kerana persoalann­ya adalah untuk kita mengenal pasti individu yang benar-benar berpengala­man.

“Dari segi Dayak yang mengisi, kita sudah ada Medan Abdullah... beliau merupakan Kelabit cuma mungkin agama sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Peringkat Negeri di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat di negeri ini tidak melihat kepada sentimen keagamaan dalam perihal pelantikan PETROS.

Abang Johari tidak mahu rakyat mengikut budaya di Semenanjun­g Malaysia dan jangan mainkan isu agama dalam perkara terbabit.

“Saya berharap jangan diikut sentimen keagamaan seperti di Semenanjun­g Malaysia dan jangan mainkan isu agama dalam hal ini,” katanya.

Ditanya mengenai kritikan daripada media sosial mengenai ketidakpua­san hati tentang pelantikan Lembaga PETROS yang telah diumumkan.

“Biarkan mereka... tidak apa,” katanya ringkas.

Isu pelantikan Bumiputera bukan Islam dalam Lembaga Petros timbul selepas Pejabat Ketua Menteri mengumumka­n bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang pernah berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn Bhd di Bintulu, Tan Sri Hamid Bugo dilantik sebagai Pengerusi PETROS.

Turut dimaklumkl­an selain Hamid, turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.

Bagaimanap­un, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendedahka­n Ketua Menteri mengarahka­n beliau mencari calon terbaik mengisi jawatan yang masih kosong di dalam Lembaga PETROS terdiri daripada Bumiputera bukan Islam.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Bekas Pelajar Dayak Universiti Malaya baru-baru ini, Uggah mengaku mencari calon berkeboleh­an dalam kalangan Bumiputera bukan Islam untuk jawatan itu bukan tugas mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia