Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pembekal tipu usia, berat lembu amat dikesali: Idris

-

KUCHING: Tindakan pembekal lembu menipu usia dan berat lembu yang digunakan untuk ibadah korban amat dikesali.

Nada kekesalan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang menerusi perkongsia­n statusnya di laman sosial Facebook mengenai isu tersebut semalam.

Beliau mendedahka­n, pembekal lembu berjanji untuk membekalka­n haiwan itu pada berat sekitar 240 kilogram hingga 300 kilogram seekor.

Namun, katanya, apabila lembu itu di hantar ke kampung-kampung, beliau mendapati saiz dan berat sebenar lembu-lembu berkenaan tidak sama seperti yang dijanjikan.

“Saya berasa sedih dan tidak berpuas hati serta amat kesal kerana melihat kebanyakan lembu yang dibekalkan untuk ibadah korban sangat jauh berbeza daripada yang dijanjikan,” katanya.

Menurut Idris lagi, rata-rata saiz lembu tersebut kecil, kurus dan kurang daging.

“Malah, ada lembu yang ditimbang didapati tidak sampai 121 kilogram,” dedahnya.

Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai pegawai penyiasat polis (IO) dan sebagai seorang peguam menegaskan, pembekalan itu adalah satu penipuan nyata yang boleh membawa hukuman penjara di bawah Seksyen 419 atau 420 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun di bawah Seksyen 42,0 manakala hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi Seksyen 419 kanun yang sama.

Selain itu, Idris memberi- tahu perbuatan menipu itu juga mempersend­akan hukum Tuhan.

Sehubungan itu, beliau meminta pembekal terbabit termasuk mereka yang bertanggun­gjawab memberi penjelasan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

“Saya serius, lembu yang dibekalkan adalah tujuan membantu asnaf dan rakyat memerlukan.

“Nampaknya harapan kami dan mereka yang teraniaya hampa tahun ini. Bersediala­h... Wahai mereka yang berkenaan (mereka tahu siapa diri mereka) tampil dengan baik. Kita cukup ‘bukti’ serta saksi,” ujarnya.

 ??  ?? DITIPU: Antara bukti yang menunjukka­n berat lembu kurang daripada apa dijanjikan.
DITIPU: Antara bukti yang menunjukka­n berat lembu kurang daripada apa dijanjikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia