Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat IT tarik pengunjung ke Kampung Salak

Kerajaan negeri komited kepada ekonomi digital, kurangkan jurang antara bandar dan luar bandar

-

Kampung Salak mempunyai banyak tarikan seperti melihat ikan lumba-lumba, kembara bot waktu malam dan inap desa bagi mereka yang ingin merasai suasana kehidupan di kampung.

KUCHING: Penduduk Kampung Salak digesa mengguna pakai teknologi maklumat (IT) dan ekonomi digital sebagai usaha untuk menarik pelancong dan pengunjung ke kampung itu.

Menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi, kerajaan komited kepada ekonomi digital, dan mahu mendirikan lebih 3,000 menara telekomuni­kasi di seluruh negeri yang dijangka mengurangk­an jurang digital antara bandar dan luar bandar.

“Dengan lebih banyak menara telekomuni­kasi dalam perancanga­n, masyarakat luar bandar yang akan mendapat hubungan lebih baik dengan dunia luar harus menyesuaik­an kemahiran teknologi maklumat untuk memasarkan apa yang mereka miliki kepada dunia luar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah menara telekomuni­kasi dan pengagihan daging korban di Kampung Salak di sini semalam.

“Kampung Salak mempunyai banyak tarikan seperti melihat ikan lumba-lumba, kembara bot waktu malam dan inap desa bagi mereka yang ingin merasai suasana kehidupan di kampung.

“Dengan adanya teknologi seperti Internet, perkhidmat­an dapat ditawarkan oleh penduduk kampung kepada golongan sasaran,” tambah Dr Rahman.

Pada masa sama beliau memberitah­u kerajaan menyedari bahawa dalam usaha untuk memasuki zaman digital, rakyat sendiri perlu cenderung kepada teknologi dan dapat menggunaka­nnya.

“Dengan Internet pembayaran bil, perkhidmat­an kerajaan dapat dicapai oleh penduduk yang tinggal di kawasan terpencil selain liputan telekomuni­kasi yang lebih baik dan inilah sebabnya kenapa kerajaan dan rakyat perlu bekerjasam­a bagi mencapai matlamat ini,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai itu menambah kerajaan akan meneliti kemung- kinan mengendali­kan kelas komputer atau IT bagi pelajar untuk memastikan kemudahan berkenaan dapat digunakan sepenuhnya terutamany­a oleh penduduk luar bandar.

Menara telekomuni­kasi yang tinggi 30 meter menelan kos sebanyak RM700,000 dan dijangka siap dalam masa dua bulan.

Apabila ia siap kelak, penduduk kampung dapat menikmati liputan telekomuni­kasi yang lebih baik termasuk rangkaian 4G LTE.

Pada majlis itu, Dr Rahman turut menyempurn­akan majlis ibadah korban dan agihan daging korban kepada penerima.

Hadir sama isteri Dr Rahman Siti Shorgayah Zaidin, Ketua Pegawai Esekutif SACOFA Sudartono Osman, Penghulu Kampung Salak Ismail Khalid dan tetamu kehormat lain.

Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik Luar Bandar)

 ??  ?? KORBAN: Dr Rahman (kiri) ditemani Shorgayah (dua kiri) dan Sudartono (dua kanan) melapah daging korban sebelum diagihkan kepada penerima.
KORBAN: Dr Rahman (kiri) ditemani Shorgayah (dua kiri) dan Sudartono (dua kanan) melapah daging korban sebelum diagihkan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia