Utusan Borneo (Sarawak)

MA63: Kerajaan akan maklum tindakan lanjut selepas penelitian dokumen dibuat

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan memaklumka­n tindakan selanjutny­a berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada rakyat selepas penelitian terperinci mengenainy­a dibuat.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Undangunda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata dokumen-dokumen berkenaan masih lagi dalam proses kajian.

“Memang benar ada perbincang­an yang dibuat tetapi kita masih perlu meneliti setiap dokumen itu sebaik-baiknya dan keputusan yang akan dibuat akan diumumkan oleh Ketua Menteri sendiri nanti.

“Kita tunggu Ketua Menteri untuk membuat pengumuman nanti dan kita mempunyai dokumendok­umen yang menyokong perkara-perkara yang kita tuntut sebelum ini,” katanya ketika ditanya berkenaan MA63 yang ditandatan­gani 54 tahun lalu di London, semalam.

Menurut Hasidah, pihaknya juga sudah mendapat semua dokumen berkenaan sepertiman­a yang dimaklumka­n oleh Ketua Menteri sebelum ini dan perkara tersebut juga telah disebarkan kepada parti PBB dan pihak yang berkenaan.

Sementara itu, beliau merasmikan Majlis Program Penyampaia­n Sumbangan dan Agihan Daging Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Semariang Baru Fasa 3 dengan menyampaik­an 20 bungkusan daging korban dan sumbangan beras kepada golongan asnaf kampung berkenaan.

Sebanyak lima ekor lembu dikorban dan dilapah secara bergotong-royong oleh penduduk kampung berkenaan di Surau Darul Falah.

Kata Hasidah, pengertian korban bagi masyarakat Islam amatlah meluas dan mendalam.

“Jiwai semangat korban terutama di dalam perjuangan kepimpinan dalam kampung di semua peringkat. Demi perpaduan kaum, jalinan silaturahi­m dan kita harus berkorban apa sahaja.

“Inti pati dalam korban di dalam kehidupan ini banyak yang kena kita korbankan. Sebagai contoh untuk kita bangunkan kampung dan kawasan melalui projek menaik taraf surau, jalan raya atau parit. Semuanya memerlukan kerjasama,” tambahnya.

Turut hadir ialah KRT Kampung Semariang Baru Fasa 3, ahli PBB cawangan dan Ketua Kaum Kampung Semariang Baru Fasa 3 Dahlan Jeraiee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia