Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ekor lembu disembelih sempena ibadah korban Kampung Tengah Betong

-

BETONG: Sebanyak dua ekor lembu disembelih sempena ibadah korban yang dijalan di Kampung Tengah Betong dekat sini semalam.

Program dijayakan bersama penduduk kampung dengan cara berkongsi menetapkan RM800 bagi satu bahagian korban bergantung harga lembu semasa.

Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Zawawie Rajit memberitah­u, program dilaksanak­an dirancang seawal selepas Hari Raya Aidiladha pada tahun sebelumnya.

“Kita telah bersepakat dan merancang program korban ini bersama penduduk sekali gus bersetuju menggumpul wang pembelian lembu sebagai melaksanak­an ibadah tersebut,” katanya ketika berlangsun­g aktiviti sembelihan ibadah korban peringkat Kampung Tengah Betong dekat sini semalam.

Katanya, tidak dinafi penduduk setempat begitu aktif dan mencari ruang melaksanak­an ibadah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun sebelumnya termasuk merancang sama persetujua­n semua penduduk kampung sanggup menyertain­ya.

“Saya yakin dengan adanya kesepakata­n penduduk, setiap aktiviti berjaya dilaku sebaiknya dan memberi impak positif kepada kejayaan program dirancang,” katanya.

Jelasnya, beliau juga percaya aktiviti serupa mampu dilaksana pada tahun datang serta melibatkan penyertaan lebih ramai dan jumlah korban bertambah.

Dalam pada itu, Pengurusan Masjid Jamek Betong turut melaksanak­an ibadah yang sama dengan jumlah yang sama untuk penduduk dalam kariahnya.

Apapun aktiviti tersebut dijalankan pada Hari Raya Aidiladha seusai sembahyang Jumaat dan dijayakan dalam suasana sederhana.

 ??  ?? KORBAN: Penduduk Kampung Tengah Betong bekerjasam­a melaksanak­an ibadah korban dengan menyembeli­h lembu yang dilangsung­kan semalam.
KORBAN: Penduduk Kampung Tengah Betong bekerjasam­a melaksanak­an ibadah korban dengan menyembeli­h lembu yang dilangsung­kan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia