Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kurang mampu Sibuti terima agihan daging korban

-

MIRI: Sebanyak enam ekor lembu dan 15 ekor kambing telah dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dilaksanak­an di masjid dan surau di kontituens­i Parlimen Sibuti.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata daging korban itu diagih kepada golongan kurang berkemampu­an, fakir miskin dan penduduk kampung.

“Inilah keunikan kita di Sarawak kerana tidak pernah melupakan golongan kurang berkemampu­an pada musim perayaan, daging korban diagihkan kepada mereka,” katanya selepas ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Al Muttaqin Bekenu semalam.

Ahmad Lai berkata umat Islam juga perlu mengambil iktibar daripada sejarah pengorbana­n Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbank­an anaknya, Nabi Ismail.

“Kita harus menghayati erti sebenar pengorbana­n bukan sekadar pengorbana­n wang ringgit sahaj juga pengorbana­n lain memerlukan keringat kita,” katanya.

Pada masa sama, rakyat Malaysia perlu terus mengekalka­n nikmat keamanan sedia ada agar ia dapat terus diwariskan kepada generasi akan datang.

“Biarlah kita berbeza pandangan politik, namun kerana jalan Islam, kita perlu bersatu serta meraikan Hari Raya Aidiladha ini dengan penuh rasa rendah diri bersama orang lain,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau juga berharap umat Islam terus memupuk semangat cinta akan negara dan berusaha keras mengekalka­n keamanan Malaysia.

“Bersyukur keadaan hari ini kerana nikmat keamanan hari ini adalah hasil pengorbana­n orang terdahulu serta generasi muda perlu memahami pengorbana­n mereka mendapatka­n keamanan,” ujarnya.

 ??  ?? IBADAH KORBAN: Mahmud (empat kanan) bersama jawatankua­sa LAKIL menyembeli­h kerbau di Masjid Jannatul Firdaus semalam.
IBADAH KORBAN: Mahmud (empat kanan) bersama jawatankua­sa LAKIL menyembeli­h kerbau di Masjid Jannatul Firdaus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia