Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu disaran rebut peluang pembanguna­n

Pertanian diusaha secara konsisten dan mampan mampu jana pendapatan tingkat ekonomi, kata Anyi

- Oleh Sudan Ajang

Pertanian sudah menjadi darah daging Orang Ulu sejak sekian lama. Justeru mengapa tidak kita teruskan tradisi ini dengan menggunaka­n bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan?

MIRI: Masyarakat Orang Ulu di Baram disaran merebut peluang pembanguna­n ekonomi melalui pelbagai projek pertanian disedia kerajaan, kata Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau.

Jelasnya, pertanian jika diusaha secara konsisten dan mampan mampu menjana pendapatan tinggi sekali gus mengeluar mereka daripada kancah kemiskinan.

“Kita harus membuang pemikiran lama mengaitkan pertanian hanya kegiatan menoreh getah. Sebenarnya banyak lagi bidang pertanian boleh diceburi mengikut kemampuan dan kesesuaian tanah, sebagai contoh tanaman kopi, sawit dan penghasila­n madu asli kelulut.

“Pertanian sudah menjadi darah daging Orang Ulu sejak sekian lama. Justeru mengapa tidak kita teruskan tradisi ini dengan menggunaka­n bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan?” katanya.

Anyi berucap demikian merasmikan Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan (DKTU) di ruang legar Imperial Mall semalam.

Anyi menambah, kerajaan melalui pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian bersedia memberikan bantuan dan bimbingan kepada mereka mahu menceburi pertanian komersial.

Dalam konteks ini, beliau mahu rakyat di Baram berganding bahu dengan kerajaan untuk memastikan projek berada pada landasan betul.

Anyi menambah, beliau tidak dapat memenuhi permintaan individu yang mahu menceburi pertanian dalam skala yang besar dalam tempoh sekelip mata.

“Saya tidak boleh beri 1,000 anak pokok sawit begitu sahaja kepada anda, kerana kita perlu mengambil kira orang lain juga mahukan projek yang sama.”

“Sebaliknya saya mahu anda berfikiran besar namun bermula dari skala kecil dan pastikan ia berjaya, konsisten dan berterusan. Saya mahu konsep ini diamalkan oleh setiap Orang Ulu,” katanya.

Pada majlis tersebut, Anyi mengumumka­n geran berjumlah RM20,000 untuk DKTU.

Beliau memuji usaha DKTU dalam menganjurk­an karnival berkenaan dan berharap ia dapat menggalak lebih ramai masyarakat Orang Ulu khususnya wanita di pedalaman Baram menceburi pertanian dan perniagaan.

Sebanyak 40 gerai terdiri daripada 20 gerai wanita Telang Usan dan 20 gerai Jabatan Pertanian Sarawak yang menjual pelbagai kraf tangan seperti bakul rotan, bakul plastik, manik, makanan, produk kecantikan dan tanam-tanaman mengambil bahagian sepanjang karnival tiga hari tersebut.

Sementara itu penganjura­n hari pertama karnival jualan itu berjaya mencatatka­n jualan lebih RM18,000.

Hadir sama Pengerusi DKTU merangkap Ketua Masyarakat Orang Ulu, Temenggong Elizabeth Deng, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Magdalene Lungan Ajang, kedua-dua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Robert Laing dan Charles Balan Seling dan ketua-ketua masyarakat dari Telang Usan.

Anyi Ngau Ahli Parlimen Baram

 ??  ?? TAHNIAH: Ting menyampaik­an hadiah kepada Jayden, pemenang tempat pertama pertanding­an fesyen 3R anjuran JCI Lutong sempena Miri Wave Carnival 2017 di Miri, malam kelmarin.
TAHNIAH: Ting menyampaik­an hadiah kepada Jayden, pemenang tempat pertama pertanding­an fesyen 3R anjuran JCI Lutong sempena Miri Wave Carnival 2017 di Miri, malam kelmarin.
 ??  ?? SIMBOLIK: Anyi memalu gong sempena perasmian Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan (DKTU) di ruang legar Imperial Mall...
SIMBOLIK: Anyi memalu gong sempena perasmian Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan (DKTU) di ruang legar Imperial Mall...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia