Utusan Borneo (Sarawak)

Kerap anjur aktiviti 3R pupuk semangat cintai alam sekitar

-

MIRI: Aktiviti 3R iaitu mengurang, guna semula dan kitar semula (Reduce, Reuse & Recycle) harus kerap dianjur dalam usaha memupuk semangat cinta alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, usaha berkenaan membantu meningkatk­an kesedaran generasi muda tentang kepentinga­n memelihara alam sekitar.

“Alam sekitar amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa memainkan peranan penting mendidik dan memupuk semangat cintai dalam diri anak kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Fesyen 3R Kanak- kanak anjuran Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Lutong sempena Miri Wave Carnival 2017 berlangsun­g di Coco Cabana, Marina Bay Miri di sini malam kelmarin.

Menurut Ting, pertanding­an dianjurkan itu secara langsung menjadikan kanakkanak lebih kreatif dalam mereka cipta pakaian sendiri daripada barangan terpakai.

“Apa kita lihat malam ini dengan bantuan ibu bapa turut memberikan idea menjadikan anak kita lebih kreatif dalam mereka cipta pakaian daripada barangan terpakai.

“Bahkan juga, melalui pakaian direka tersebut kita dapat melihat gambaran mereka mengenai apa yang ingin atau bayang di sekeliling,” katanya.

Beliau memuji penganjura­n tersebut dan berharap aktiviti demikian dapat dianjur lagi bagi terus meningkat kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga dan memelihara alam sekitar.

“Tahniah juga kepada ibu bapa turut terlibat bersama menyokong dan menjayakan program sebegini,” tambahnya.

Sementara itu, pertanding­an fesyen 3R tersebut menyaksika­n Jayden Yong memenangi tempat pertama, diikuti dengan Jensen Yong dan Nicole Toh masing-masing ditempat kedua dan ketiga manakala tempat keempat menjadi milik Mason Bong.

Gelaran ‘ Best Overall Dress’ diberikan kepada Janelle Yong, gelaran ‘Best Suit Eco Day Theme’ diberikan kepada Grace Ling, manakala gelaran ‘Best Relevant Materials Use’ menjadi milik Ivy Wong.

Pertanding­an yang bertemakan ‘Save Our Planet’ telah disertai seramai 21 peserta yang terdiri daripada kanakkanak bawah 12 tahun.

Hadir sama ialah wakil JCI Lutong Lai Yit How.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia