Utusan Borneo (Sarawak)

MPS laksana sepenuhnya ‘Say No To Plastic Bags 2.0’ mulai Januari 2018

-

SIBU: Bermula Januari 2018, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan melaksanak­an sepenuhnya Kempen ‘Say No To Plastic Bags 2.0’.

Timbalan Pengerusi MPS, Rogayah Jamain berkata, tempoh percubaan kempen akan bermula pada 1 Oktober depan.

Pada masa sama, katanya, pihak majlis juga akan menambah bilangan hari bagi premis perniagaan tidak menyediaka­n beg plastik ke- pada pelanggan mereka.

Sejak kempen pertama dilancarka­n pada 16 November 2009, orang ramai dikehendak­i membawa beg mesra alam sendiri pada setiap hari Sabtu dan Isnin.

“Namun bermula Oktober ini, perlu bagi semua premis perniagaan menggantik­an beg plastik dengan bag yang mesra alam atau kotak kertas untuk pelanggan mereka,” ujarnya kepada pemberita, kelmarin.

Menurut Rogayah, terdapat keperluan bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik memandangk­an beg plastik tidak mesra alam serta mengambil masa 500 hingga 1,000 tahun untuk terurai.

Ditanya mengenai jumlah hari yang ditetapkan, beliau berkata perkara itu akan dibincangk­an pada mesyuarat jawatankua­sa yang berkenaan.

Beliau juga memberitah­u, MPS akan menjalanka­n lebih banyak kempen bagi mem- beri kesedaran kepada orang ramai untuk membawa beg masing-masing ketika membeli-belah.

Sementara Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, pihak majlis juga akan mengikut langkah MPS dalam mengharamk­an penggunaan beg plastik.

Katanya, langkah itu juga seiring dengan saranan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia