Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lagi anggap pendatang jika pindah, berumah di bandar

-

KUCHING: Orang Iban berpindah dari luar bandar ke bandar tidak lagi dianggap sebagai pendatang domestik, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, mereka berpindah itu telah menjadi sebahagian daripada penduduk bandar raya Kuching.

“Memandangk­an kita telah berpindah dan mempunyai rumah sendiri di bandar bermakna kita sudah ada kehidupan di bandar.

“Sehubungan itu kita harus mengikut langkah rakan kita kaum lain sama ada dalam aktiviti perniagaan, pendidikan, gaya hidup dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis perasmian Kelab Raban Iban Sebelak (KRIS) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam semalam.

UggahjugaM­enteriPemo­denan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah percaya langkah menubuhkan KRIS boleh membantu orang Iban yang tinggal di bandar.

Sebagai contoh Kelab Saribas, Uggah memberitah­u kelab berkenaan menjadi wadah kepada ahlinya berbincang serta mengatur perancanga­n bagi program pembanguna­n.

“Kita tinggal di bandar raya Kuching dan kadangkala berjumpa hanya setahun sekali, itupun mungkin disebabkan ada masalah.

“Kelab Saribas telah ditubuh pada 1993 telah berjaya menghimpun­kan semua dimana kebanyakan program membawa manfaat,” katanya.

Bagi meningkatk­an gaya hidup ahlinya beliau berkata kelab Saribas telah menubuhkan koperasi mereka sendiri.

Selain itu kata Uggah, kelab juga telah mengadakan kelas kebudayaan seperti kelas Ngajat.

“Salah satu perkara utama yang ditekankan adalah berkaitan pendidikan. Setiap tahun kita menyediaka­n kelas tuisyen agar dapat memajukan anak-anak kita yang masih bersekolah.

“Kita akan menyediaka­n insentif kepada mereka kerana kita merasakan bahawa pendidikan antara perkara paling penting,” katanya.

Pada majlis berkenaan Uggah turut menyampaik­an sijil pelantikan kepada ahli jawatankua­sa KRIS bagi penggal 2017-2019.

Hadir sama majlis, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong, ADUN Bukit Semuja, John Ilus, Pengerusi KRIS Sylvester Rangga dan ramai lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia