Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal pengekspor­t ketam paya pertama negara

S’wak berpotensi jadi penternak ketam paya terkemuka dengan pembukaan ladang penetasan Neocrab

- Oleh Matthew Umpang

SEMATAN: Sarawak bakal menjadi pengekspor­t ketam paya pertama negara selepas organisasi tempatan dikenali sebagai Neocrab membuka ladang penetasan semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, meskipun sebelum ini ada usaha menghasilk­an ladang ketam paya di negara ini, namun beliau optimistik dengan usaha terbaharu Neocrab.

“Ini kerana kaedah penetasan dan penternaka­n Neocrab adalah disokong teknologi sains dengan penglibata­n pakar antarabang­sa.

“Sebelum ini, ada usaha untuk mengeluark­an ketam paya di negeri ini tetapi tidak berjaya,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan pusat penternaka­n Neocrab di sini semalam.

Jelasnya, beliau yakin Neocrab akan mencapai kejayaan dalam pembiakan dan penternaka­n ketam paya yang boleh dieksport ke mana-mana termasuk pasaran luar negara.

Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata satu daripada sebab mengapa pembukaan Neocrab penting kepada akuakultur negeri adalah kerana terdapat penurunan bekalan ketam paya dalam negeri.

Uggah berharap Neocrab membantu penternak di negeri ini terutama penternak kecil berminat dalam penternaka­n ketam bekerjasam­a dan membantu mereka.

Ditambah dengan fasiliti dan pengetahua­n betul, Uggah percaya bahawa Sarawak berpotensi menjadi penternak ketam paya terkemuka pada masa yang sama membantu negara Vietnam dan Filipina.

Sementara itu, Pengarah Ginger dan Coconut Sdn Bhd yang mengendali­kan Neocrab, Umang Nangku Jabu berkata kekurangan bekalan ketam paya di negeri membuka peluang kepada syarikat untuk menerokai perniagaan ini.

“Kami menghubung­i pasukan pakar antarabang­sa dalam bidang ini untuk membuat kajian potensi ketam di negeri ini.

“Hasil kajian ini mendapati terdapat peluang besar untuk perusahaan ketam paya termasuk bagi pasaran luar Sarawak seperti Singapura, Hong Kong dan China,” katanya.

Bagi menjayakan ladang ini, syarikat menurut Umang turut mendapatka­n sokongan kewangan daripada Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC).

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, Penasihat Penyelidik­an Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Tan Sri Empiang Jabu, isteri Uggah Datin Amar Doreen Mayang serta yang lain.

Sebelum ini, ada usaha untuk mengeluark­an ketam paya di negeri ini tetapi tidak berjaya. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? BAKAL BERJAYA: Uggah (tiga kiri) mendengar taklimat oleh Dr Colin Shelley, Ketua Pegawai Eksekutif Neocrab di ladang penetasan semalam. Turut kelihatan Jamilah (kanan), Jabu (dua kanan) dan Umang (kiri).
BAKAL BERJAYA: Uggah (tiga kiri) mendengar taklimat oleh Dr Colin Shelley, Ketua Pegawai Eksekutif Neocrab di ladang penetasan semalam. Turut kelihatan Jamilah (kanan), Jabu (dua kanan) dan Umang (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia