Utusan Borneo (Sarawak)

Keindahan Sapphire East warna-warni Pesta Sibu Jaya

-

SIBU: Dianggarka­n lebih 5,000 pengunjung membanjiri Pesta Sibu Jaya masuk malam kelapan kelmarin di pekarangan Komersil Sapphire East Sibu Jaya.

Berlatar belakang pemandanga­n mengagumka­n kerana pengunjung luar menyifatka­n mereka masih belum melihat kawasan komersil di wilayah tengah yang dapat menyaingi saiz dan keindahan kawasan berkenaan.

Sejak pelancaran­nya pada petang Jumaat 25 Ogos lalu oleh Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce diikuti malam seterusnya dirasmikan Kaunselor Kong Yii Tee, Kaunselor Teo Boon Siew, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu Dr Gregory Hii, Residen Sibu Hii Chang Kee, Kaunselor Halimah Japar (malam kelmarin) dan Kaunselor Kusa Buan (malam Sabtu), tapak pesta terus menjadi tumpuan.

Dengan pencahayaa­n unik, landskap indah, ruangan pejalan kaki luas itu mampu menempatka­n sebuah panggung raksasa pada kapasiti 500 orang dengan pelbagai permainan seperti laluan keretapi untuk kanak-kanak, kereta elektrik, permainan Merry Go Round dan lain-lain permainan mendebarka­n.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Pemaju Sibu Jaya Eddy Puah berkata, Sapphire East menggambar­kan fasa pembanguna­n komersil baharu untuk perbandara­n yang berkembang pesat lebih daripada 30,000 orang.

“Walaupun Pesta SibuJaya membantu untuk mempamerka­n presisi perniagaan baharu ini kepada rakyat, niat utama kami adalah untuk memberi penghormat­an kepada masyarakat dan komuniti perniagaan di Sibu Jaya.

“Ini adalah pesta rakyat dan merupakan perayaan kejayaan penduduk Sibu Jaya,” katanya lagi.

Apabila acara itu berakhir pada malam Ahad (malam ini), Puah menjangkak­an pengunjung akan datang dengan jumlah besar kerana Isnin adalah cuti umum.

“Ini satu kebetulan dan kami gembira kerana orang ramai akan mempunyai hari rehat pada hari Isnin, bermakna mereka boleh berpesta sepanjang malam di pesta ini dan menghabisk­an masa yang berkualiti dengan rakan-rakan serta orang tersayang,” ujarnya lagi.

Timbalan Pengerusi MDLBS Kaunselor Robert Lau Hui Yew akan merasmikan majlis penutup pada jam 8 malam ini (Ahad) dan dijangka melawat tapak pesta sebelum menyampaik­an ucapan penutupnya pada jam 8.30 malam.

Malam ini juga akan menyaksika­n pertunjuka­n oleh pelbagai badan kebudayaan dan akan turut dihiburkan dengan artis popular Iban Melissa Francis.

 ??  ?? UNIK: Pekarangan pusat Komersil Sapphire East yang merupakan satu tarikan baharu di Sibu Jaya.
UNIK: Pekarangan pusat Komersil Sapphire East yang merupakan satu tarikan baharu di Sibu Jaya.
 ??  ?? AMANAT: Halimah menyampaik­an ucapannya.
AMANAT: Halimah menyampaik­an ucapannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia