Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n beri impak besar dalam kehidupan

Pelbagai perkara boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam konsep pengorbana­n, kata Len

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Konsep pengorbana­n mampu memberi impak besar dalam kehidupan setiap individu jika dihayati secara mendalam.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, pelbagai perkara boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam konsep pengorbana­n.

“Selain maksud tersurat, terdapat banyak juga maksud tersirat yang mampu dirungkai melalui terjemahan amalan korban dalam fahaman Islamiah.

“Apa yang pasti pengorbana­n menjurus kepada sikap saling taat-mentaati antara satu sama lain sekali gus mendorong ke arah suasana kehidupan yang lebih sempurna,” katanya pada majlis pengagihan daging korban kepada masyarakat Islam di Masjid Al Mutaqqin di sini,

Apa yang pasti pengorbana­n menjurus kepada sikap saling taatmentaa­ti antara satu sama lain sekali gus mendorong ke arah suasana kehidupan yang lebih sempurna. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

semalam.

Menurut Len, ibadah korban adalah satu amalan mulia dan harus mengikut peredaran zaman agar ia sentiasa releven.

“Dalam konteks Islam, istilah korban itu mempunyai makna dan skop pengertian yang amat luas dan mendalam.

“Pengorbana­n sebenarnya bermula daripada kita lahir. Ibu berkorban melahirkan manakala bapa pula memerah keringat membesarka­n kita.

“Apabila dewasa pula kita pula yang berkorban membesar dan mendidik anak.

Proses ini tidak akan terhenti hingga ke akhir zaman,” katanya.

Pada majlis itu, sejumlah 21 lembu telah dikorban dan diagihkan kepada umat Is- lam. Lembu-lembu tersebut adalah sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii sebanyak enam ekor, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman sebanyak lima ekor dan Len sendiri selaku ADUN Kuala Rajang sebanyak 10 ekor.

Sementara itu, Ling Dian Yong yang mewakili Huang berkata, sumbangan ADUN Repok itu adalah tanggungja­wab sosial wakil rakyat setiap kali menjelang perayaan Hari Raya Korban.

“Pada masa sama, ia merupakan tanda kesyukuran dan terima kasih wakil rakyat kawasan terbabit atas sokongan padu dan kepercayaa­n masyarakat terhadap kepimpinan mereka dan kerajaan Barisan Nasional (BN) amnya.

“Program ini juga menjadi landasan bagi penduduk yang beragama Islam untuk mengeratka­n silaturahi­m,” katanya ketika ditemui media di lokasi penyembeli­han.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan dan Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Badjuri Bidin.

 ??  ?? KERJASAMA: Len dan Junaidi bersama penduduk melapah daging korban secara bergotong-royong.
KERJASAMA: Len dan Junaidi bersama penduduk melapah daging korban secara bergotong-royong.
 ??  ?? DAGING KORBAN: Harden (sembilan kanan) bersama umat Islam di Surau Al-Amin, Taman Srijaya, Sri Aman melapah daging lembu untuk diagihkan kepada umat Islam di taman perumahan berkenaan.
DAGING KORBAN: Harden (sembilan kanan) bersama umat Islam di Surau Al-Amin, Taman Srijaya, Sri Aman melapah daging lembu untuk diagihkan kepada umat Islam di taman perumahan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia