Utusan Borneo (Sarawak)

Produk TABSoR + ABC daripada Al-Kahfi juara KIK di Kota Kinabalu

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis tidak mahu melepaskan peluang bersama umat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang meraikan sambutan Hari Raya Korban di sini pagi semalam.

Dengan kesempatan itu, beliau hadir bersama umat Islam pada majlis penyembeli­han dan pengagihan daging korban yang diadakan di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah; Surau An-Nur, RPR Sri Aman dan di Surau Al-Amin, Taman Sri Jaya.

Harden yang juga ADUN Simanggang ketika ditemui pemberita memberitah­u, pada tahun ini, beliau telah menyumbang­kan sebanyak lima lembu untuk dikorbanka­n sempena perayaan berkenaan kepada umat Islam di sekitar DUN Simanggang.

Menurutnya, lima lembu berkenaan telah diagihkan kepada umat Islam di kawasan Kampung Muhibbah, Sri Aman, RPR Fasa I dan Fasa II, Taman Sri Jaya, Taman Desa Indah dan Taman Harmoni, selain kepada umat Islam di Kem Pakit, Sri Aman.

“Program penyerahan dan pengagihan daging korban sempena dengan perayaan ini merupakan salah satu acara tahunan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Simanggang,” jelasnya.

Hadir sama mengiringi beliau pada majlis berkenaan, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman Kaunselor Andar Suntai serta ahli-ahli Majlis Daerah Sri Aman yang lain. KUCHING: Kumpulan AlKahfi, Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak di Kota Samarahan meraih emas dalam pertanding­an Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) MPC Team Excellence Wilayah Sabah dan Sarawak 2017.

Pertanding­an tersebut telah berlangsun­g di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 dan 9 Ogos lepas.

Menurut Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tun Abdul Razak Dr Sara Beden, emas tersebut berjaya diraih menerusi produk atau modul inovasi bertajuk TABSoR + ABC.

Kumpulan ini, katanya, diketuai Muhaimi Suhaili bersama Dr Radna Wismawati Muhibah Yahya Sawek, Rokaiyah Jaya, Nordin Seruji, Cyntia Chan Sing Mei, Normah Zen serta beliau sendiri.

Inovasi TABSoR + ABC yang dihasilkan oleh kumpulan ini ialah satu produk atau modul alat berfikir untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pembinaan modul ini, katanya, selaras dan relevan dengan ciri-ciri pembelajar­an abad ke-21 dengan memberi penekanan kepada usaha meningkatk­an pencapaian KBAT dalam kalangan murid.

“KBAT merupakan perkara yang menjadi keutamaan dalam menentukan kejayaan transforma­si pendidikan seperti yang digarisi dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“TABSoR + ABC merupakan alat berfikir yang dicipta untuk memandu dan merangsang para murid menguasai KBAT sekali gus dapat menyelesai­kan masalah dan membuat keputusan selain mampu mereka cipta dan menambahba­ik apa-apa yang ada di sekeliling mereka,” katanya.

Tambah Sara, alat ini juga dapat membantu meng- gerak dan mengembang­kan daya pemikiran murid untuk menyelesai­kan sesuatu dalam pembelajar­an dari pelbagai dimensi dan fokus.

Alat juga, katanya, dapat diaplikasi dalam pelbagai subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Dalam pada itu selain kejayaan meraih emas pada KIK tersebut, Kumpulan AlKahfi juga telah memperoleh kejayaan dalam beberapa konvensyen atau pertanding­an yang lain.

Antaranya, Konvensyen KIK Peringkat Zon 2016 (2 Bintang), KIK MPC Team Excellence Zon Wilayah Sarawak dan Sabah 2016 (Emas), KIK MPC Team Excellence Kebangsaan 2017 (Putrajaya) EmasTiga Bintang serta johan Cabaran Inovasi Inklusif Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) 2016 Zon Sarawak Anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Pihak pengurusan tertinggi IPG Kampus Tun Abdul Razak khususnya Pengarah, Hamsiah Abdullah Masni memberi kelulusan dan sokongan padu kepada kumpuan ini untuk terlibat secara aktif dalam mana-mana pertanding­an.

 ??  ?? TAHNIAH: Ahli-ahli Kumpulan Al-Kahfi yang mewakili IPG Kampus Tun Abdul Razak pada pertanding­an KIK di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
TAHNIAH: Ahli-ahli Kumpulan Al-Kahfi yang mewakili IPG Kampus Tun Abdul Razak pada pertanding­an KIK di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia