Utusan Borneo (Sarawak)

Guru luar bandar perlu memahami transforma­si pendidikan negara

-

SRI AMAN: Guru luar bandar perlu memahami transforma­si pendidikan negara agar lebih maju dan berdaya saing sejajar dengan pembanguna­n negara.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis berkata setiap warga pendidik harus bekerjasam­a dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar sekolah tersebut lebih maju serta berdaya saing.

“Ibu bapa perlu mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dan jangan terlalu menyerahka­n tanggungja­wab mereka kepada guru-guru,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu turut meminta semua pihak bekerjasam­a membantu kerajaan dalam pendidikan.

Katanya, kerajaan banyak membantu menyediaka­n pelbagai peralatan serta kemudahan kegunaan sekolah dan kemudahan guru membantu meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah.

“Justeru, guru-guru harus menggunaka­n peluang meningkatk­an prestasi sekolah dengan mendidik serta mela- hirkan modal insan cemerlang,” katanya.

Hadir sama wakil Pengarah Yayasan Sarawak Abdullah Abdul Gafor, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Vevien Mujah, Pengetua SMK Sri Aman Mohd Nor Narudin serta yang lain.

Seramai 187 pelajar sekolah rendah dan menengah di Sri Aman terpilih menerima bantuan pendidikan Yayasan Sarawak itu.

 ??  ?? BANTUAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada wakil sekolah diperhatik­an oleh Abdullah (dua kanan), Vevien (tiga kiri), Mohd Nor (dua kiri) serta yang lain.
BANTUAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada wakil sekolah diperhatik­an oleh Abdullah (dua kanan), Vevien (tiga kiri), Mohd Nor (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia