Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok, KPJ Sibu anjur ceramah kesihatan

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin Repok Sarikei dengan kerjasama KPJ Sibu Specialist Hospital telah menganjurk­an Ceramah Kesihatan, baru-baru ini.

Program ini telah diadakan bertempat di sebuah hotel dekat sini dan telah dikelolaka­n oleh dua orang doktor jemputan khas iaitu Dr Thomas Law Ngo Hieng yang juga merupakan pakar mata dan Dr Li hie Ing yang juga pakar bedah dan pakar wanita.

Dalam sesi ceramah kesihatann­ya, Dr Thomas Law menyaranka­n agar masyarakat harus mempunyai cara yang betul untuk mengekalka­n mata, memilih tetesan mata, membuat pemeriksaa­n mata secara tetap, untuk mengelakka­n pelbagai penyakit mata.

Pada masa yang sama juga, beliau turut menasihatk­an agar masyarakat menjaga pemakan utama mereka, khususnya yang mampu memberikan penjagaan kepada kesihatan mata.

Sementara itu Dr Li hie Ing pula berkata, pembedahan moden pada dewasa ini mempunyai banyak kelebi- han jika dibandinga­n dengan pembedahan tradisiona­l.

Katanya, proses ini juga boleh mengurangk­an risiko pembedahan dan kesakitan, disamping pesakit juga boleh pulih dengan kadar yang lebih cepat.

Selain itu juga, katanya, proses pembedahan moden bolehmengu­rangkan kesan parut selepas pembedahan.

Turut hadir sama pada program ini ialah Presiden JCI Mandarin Repok Sarikei, Eileen Wong, Pengerusi Penganjur, Michelle Wong serta sermai 50 orang ahli JCI yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia