Utusan Borneo (Sarawak)

KPM teliti bentuk ganjaran atlet pelajar cemerlang

134 pelajar dan lima guru mewakili negara pada KL20017

-

SEREMBAN: Kementeria­n Pendidikan sedang meneliti bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada pelajar dan guru yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), kata Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata bentuk ganjaran itu akan diumumkan oleh Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila telah diputuskan kelak.

“Kita tunggu pengumuman daripada menteri sendiri,” katanya kepada Bernama selepas majlis sambutan Aidiladha bersama jemaah Masjid Kariah Kampung Dacing dan Masjid Kariah Taman Panchor Jaya di sini semalam.

Pada 8 Ogos lalu, Mahdzir berkata kementeria­n itu akan memberikan insentif istimewa kepada atlet pelajar dan guru yang berjaya meraih pingat pada temasya

Sebenarnya jika kita melihat rekod, ramai atlet yang mencapai keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia walaupun kadang-kadang mereka lebih menumpukan perhatian kepada sukan bagi mencapai pencapaian yang lebih tinggi.

KL20017 yang menyaksika­n 134 pelajar dan lima guru terpilih mewakili negara.

Mereka merangkumi 67 dari Sekolah Sukan Malaysia, 47 dari sekolah harian, sekolah swasta (16), kolej vokasional (3) dan seorang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Antara mereka ialah pemain badminton perseorang­an wanita negara Goh Jin Wei, Grace Wong (baling tukul besi), jaguh pecut Asia Tenggara Khairil Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Ab- dul Manap manakala atlet guru antaranya ialah kapten pasukan hoki Sukri Mutalib, Puah Pei San (bola jaring) dan Ahmad Faiz Noor (kriket).

Mengulas lanjut, Chong berkata pihaknya tidak gusar dengan prestasi pelajaran atlet terbabit memandangk­an kebanyakan latihan diadakan selepas sesi persekolah­an.

“Sebenarnya jika kita melihat rekod, ramai atlet yang mencapai keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia walaupun kadangkada­ng mereka lebih menumpukan perhatian kepada sukan bagi mencapai pencapaian yang lebih tinggi,” katanya.

Pada 30 Ogos lepas, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilapor berkata temasya Sukan SEA edisi ke29 ini merupakan platform pertama bagi atlet muda membuktika­n kemampuan mereka untuk dipilih ke kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Menurut beliau, pencapaian di sini secara tidak langsung menunjukka­n Malaysia tidak ketandusan atlet pelapis apabila 261 daripada 844 atlet negara adalah berusia bawah 21 tahun, malah pencapaian Khairul Hafiz Jantan dan Grace Wong dalam sukan olahraga umpamanya, menunjukka­n program-program pembanguna­n sukan yang dilaksanak­an telah menunjukka­n hasil positif. — Bernama

Datuk Chong Sin Woon Timbalan Menteri Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? LONTAR BATU: Jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 Sept) untuk melontar di ketiga-tiga jamrah - Sugra, Wusta dan Kubra pada Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina, semalam.
— Gambar Bernama LONTAR BATU: Jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 Sept) untuk melontar di ketiga-tiga jamrah - Sugra, Wusta dan Kubra pada Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah di Mina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia