Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat persaudara­an terserlah pada Aidiladha

Paulus rasai suasana Hari Raya Korban bersama penduduk beberapa kampung di kawasan Batu Danau

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Semangat persaudara­an terus terserlah pada sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan Batu Danau kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang turut menyumbang­kan lima ekor kerbau pada sambutan Hari Raya Korban kali ini membabitka­n Kampung Medait, Palas, Kuala Awang, Anak Bukit dan Belading.

Paulus turut berpeluang merasai suasana Hari Raya Korban dan bersama penduduk kampung melapah daging kerbau untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Beliau memuji semangat persaudara­an masyarakat Islam di kawasannya yang berhimpun bersama memeriahka­n perayaan itu.

Katanya, masyarakat Islam di kawasannya tidak akan dipniggirk­an dan keperluan mereka juga akan diutamakan seperti masyarakat lain dalam menikmati pembanguna­n secara berperingk­at.

Menurut beliau, jawatankua­sa tertinggi surau perlu memanfaatk­an kemudahan surau untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan, selain aktif dalam aktiviti berpesatua­n di peringkat kampung.

Bermula di Kampung Palas, Medait, Belading, Anak Bukit dan Kuala Awang, Paulus berkesempa­tan bertemu penduduk kampung bagi memeriahka­n lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Turut hadir ialah Pegawai Khas Paulus Jimmy Ngindang, Pemanca Nicholas Buyok Pura, Penghulu Ahmad Bini, Ketua Kampung Palas Kipli Muda, Ketua Kampung Belading Mat Zain Sumil, Ketua Kampung Anak Bukit Mahat Matali, Ketua Kampung Kuala Awang Yusuf Timbang dan Pengerusi Surau Nurul Falah Kampung Kuala Awang juga pengerusi pengelola Jeffery Gapar.

 ??  ?? BERAT SAMA DIPIKUL: Kipli (lima kanan) bersama anak-anak buahnya menyembeli­h kerbau sempena Hari Raya Korban kelmarin.
BERAT SAMA DIPIKUL: Kipli (lima kanan) bersama anak-anak buahnya menyembeli­h kerbau sempena Hari Raya Korban kelmarin.
 ??  ?? TANDA KENANGAN: Jeffery menyerahka­n cenderamat­a berupa tongkat kepada Paulus disaksikan Mahat (dua kiri), Yusuf dan Nicholas (kanan).
TANDA KENANGAN: Jeffery menyerahka­n cenderamat­a berupa tongkat kepada Paulus disaksikan Mahat (dua kiri), Yusuf dan Nicholas (kanan).
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Ketibaan Paulus dan rombongan disambut mesra penduduk Anak Bukit.
SELAMAT DATANG: Ketibaan Paulus dan rombongan disambut mesra penduduk Anak Bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia