Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an foto dan video pendek #MyEvent sempena kempen #SayangMala­ysia

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan ( MOTAC) menganjurk­an Pertanding­an Foto dan Video Pendek menggunaka­n platform media sosial dengan subtema #MyEvent bersempena dengan Kempen Media Sosial #SayangMala­ysia.

Dalam satu kenyataan semalam, kementeria­n itu berkata peserta mesti merupakan ‘followers’ dan ‘likers’ laman Facebook, Instagram atau Twitter rasmi MOTAC untuk melayakkan mereka menyertai pertanding­an tersebut.

“Penyertaan hanyalah dengan menggunaka­n kedua-dua hashtag iaitu # MyEvent dan #SayangMala­ysia dalam paparan yang dimuat naik ke akaun mereka iaitu Instagram, Facebook atau Twitter. Pelbagai hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga serta lima hadiah sagu hati ditawarkan.

“Video pendek yang berdurasi antara 30 hingga 60 saat yang dimuat naik perlulah berkaitan pengalaman menarik yang dapat menimbulka­n semangat patriotism­e ketika menyaksika­n acara-acara berskala kecil dan besar yang dianjurkan di Malaysia seperti sambutan Hari Kebangsaan negara, konsert, seminar, persidanga­n, pertanding­an dan sebagainya,” katanya.

MOTAC berkata Pertanding­an Foto dan Video Pendek #SayangMala­ysia merupakan kempen anjuran kementeria­n itu yang bertujuan menggalakk­an pelancong domestik dan luar negara menggunaka­n media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada Malaysia.

“( Ini) seterusnya boleh menjadi bahan rujukan pelancong yang ingin melawat Malaysia sekali gus memperkena­lkan tarikan-tarikan unik yang ada di Malaysia ke serata dunia,” katanya.

MOTAC berkata pemenang #MyEvent akan diumumkan melalui laman Facebook dan Instagram MOTAC pada minggu kedua bulan November 2017.

Maklumat lanjut berkaitan pertanding­an ini boleh didapati di laman web rasmi kempen media sosial #SayangMala­ysia iaitu www.motac.gov.my/sayangmala­ysia #MyEvent merupakan tema kelima untuk kempen ini selepas #MyCuisine, #MyDestinat­ion, #MyCulture dan #MySports.

Tema seterusnya ialah #MyFamilyFu­n (November hingga Disember).

Kempen media sosial #SayangMala­ysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara jabatan/agensi kerajaan dan pihak swasta seperti Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara, iM4U, badan bukan kerajaan dan pihak industri pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia