Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki langgar lari warga Singapura dibebas dengan jaminan polis

-

JOHOR BAHRU: Lelaki yang melanggar lari seorang warga Singapura hingga menyebabka­n kematianny­a pada 25 Ogos lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata siasatan kes bagaimanap­un masih berjalan.

“Suspek berusia 30-an ditahan di sekitar Johor pada jam 3 pagi semalam (kelmarin), namun, telah diberikan jami- nan hari ini (semalam) setelah beberapa tindakan diambil.

“Keretanya juga masih kita rampas untuk pemeriksaa­n lanjut dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya sebaik siasatan lengkap,” katanya ketika dihubungi semalam.

Media sebelum ini, melaporkan mangsa Justinian Tan, 25, masuk ke Johor Bahru bersama rakan-rakannya untuk makan lewat malam.

Bagaimanap­un, ketika menuju ke kereta mereka untuk pulang kira-kira jam 3 pagi, sebuah kereta Proton Saga telah merempuh mangsa lalu menyebabka­nnya tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) namun setibanya di sana, rakan- rakan mangsa memberitah­u media Singapura kononnya HSA enggan memberikan rawatan jika mereka tidak membayar deposit.

Rakan-rakannya juga dipetik sebagai berkata, pihak hospital lambat bertindak menghantar ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital itu.

Namun, dakwaan tersebut disangkal oleh Kementeria­n Kesihatan dengan menegaskan bahawa berdasarka­n rekod, Tan telah diberikan rawatan kecemasan pada kadar segera tanpa syarat bayaran deposit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia